Sunday, July 10, 2011

perhimpunan yang tak bersih

inikah yang dikatakan perhimpuan BERSIH yang aman?


sana2 sini orang cakap tentang perhimpunan haram BERSIH tu. banyak blog juga tulis hal ini. tapi kebanyakan blog aku jumpa semua sokong perhimpunan ni. aku bukannya penyokong fanatik kerajaan. cuma orang biasa yang mahukan negaranya aman damai.

kalau nak kata kerajaan ni tak adil masa pilihanraya, apa salahnya tunggu pilihanraya yang tak lama lagi ni. buatlah pilihan, siapa yang mereka pilih untuk mentadbir negara. tak perlulah nak buat perhimpunan2 haram macam 9 julai lepas. kan mereka dah dibenarkan buat di stadium tapi degil nak juga buat di jalan.

tengok, kalau niat betul2 nak protes mesti mereka setuju buat di stadium je. tapi cuba fikir kenapa beriya2 buat di jalan? mesti ada sebab lain kan? lepas tu, cakap masa pilihanraya kerajaan tak tulus. heiii, habis pembangkang semua dapat negeri2 maju macam pulau pinang dan selangor tu, apa kes? tak tulus juga ke? adoiii...tulun la...nampak sangat ada niat tersembunyi.

tapi kenapa penyokong dorang tetap nampak yang baik2 je? dan nampak yang buruk dan salah je pada kerajaan? takkan selama ni Malaysia tak pernah bagi apa2 kebaikan pada mereka? inilah manusia kadang2 tak tahu berfikir dan tak tahu bersyukur atas apa yang mereka dapat. adakah penyokong2 ni nak ditabalkan jadi raja, jadi menteri baru mereka nak berhenti menyalahkan kerajaan?

kadang2 aku fikir orang melayu di sana keterlaluan bila berpolitik. terlalu taksub dengan pemimpin yang mereka sokong. sekali pun salah mereka tetap membenarkan dan menghalalkan semuanya. entah manusia apa jenis macam ni yang fikiran macam dah diset untuk satu perkara saja.

aku memang suka kerajaan sekarang sebab menghidangkan keamanan. tu yang penting sekali. aku tak kisah orang kata PM sekarang ni ada banyak rahsia, sekat semua media dan macam2 lagi. macam2 perkara buruk yang dikatakan tapi sebagai manusia yang berakal kita boleh berfikir mana yang baik dan buruk.

sana sini kerajaan bagi macam2 kemudahan, bagi kewangan pada yang susah. subsidi sana sana termasuk yang kaya2 pun dapat banyak subsidi. jiran aku pun dapat bantuan juga setiap bulan. aku cuma tengok je sebab aku tak pernah dapat apa2 pun. tapi aku tak kisah pun, asal dapat jln2 di bandar dengan aman takde rasa takut tu dah kira bersyukurlah. tu la keamanan paling berharga yang kerajaan bagi pada rakyat.

fikirlah berapa banyak negara yang porak-peranda gara2 politik yang keterlaluan. ada rakyat yang tak bebas nak jalan2...bandar pun rosak akibat rusuhan. tak bolehlah ke semua tu diambil sebagai pengajaran yang sangat berguna untuk pengamal2 dan penyokong2 politik di malaysia ni?

tapi memang payah nak sedarkan seseorang yang fahaman sudah terlalu sebati dalam darah mereka. tak salah nak berpolitik dan menyokong cuma biarlah berpadah2. jangan sampai musnahkan keamanan yang ada ni semata2 nak tengok pemimpin kesukaan kita menang. kalau semua orang suka dan memang orang tu berkebolehan memimpin negara, tak payah himpun2 haram macam ni...bila pilihanraya orang ramai akan sendiri vote dia. tapi sekarang terang2 politik mereka sedikit extrem...sikit2 nak himpun di jalan...dah nampak warna mereka kalau jadi pentadbir negara nanti.

jadi pokok pangkalnya kita sendiri...berfikirlah secara waras, jangan ikutkan hati. ingat2lah, bukan mudah nak bangunkan negara yang hancur. tengoklah apa jadinya negara2 arab yang terlalu extrem berpolitik dan beragama? kesudahannya jatuh dalam genggaman polis dunia AS. fikir2kanlah. cukup2lah datuk nenek kita hidup susah zaman penjajahan dulu...hargailah keamanan yang ada. itulah kurniaan paling besar yang patut disyukuri dan dipertahankan.

gambar sumber : google



No comments: