Monday, July 11, 2011

jenama buruan wanita


CANTIK, mempersona dan bergaya. Tiga perkataan ini cukup untuk menggambarkan keunggulan jenama Coach dalam menghasilkan fesyen kasut, beg tangan dan aksesori.
Tanya sahaja pada mana-mana wanita, semuanya pasti teruja memiliki sesuatu yang berjenama termasuk pakaian atau aksesori lain seperti beg tangan atau kasut daripada jenama terkenal di Amerika, Coach.
Tentu seronok membeli-belah dengan koleksi aksesori terbaru dari Coach yang menawarkan beg untuk musim bunga tampil dengan pelbagai pilihan warna dan bentuk.
Pada musim ini, Coach mengetengahkan warna terang seperti merah samar dan oren. Beg tangan kali ini menggunakan kulit lembut dengan perincian menarik. Versatil.
Antara koleksi yang menjadi kegemaran ialah Madosin Sophia yang mempunyai rekaan gaya mewah dengan bentuk versatil. Koleksi Poppy Galm Tote turut mendapat tempat di hati penggemar beg tangan wanita yang lebih santai sesuai digayakan pada hujung minggu.
Bagi mendapatkan beg tangan terbaik, setibanya di butik Coach, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan Coach.
Golongan yang inginkan beg untuk ke pejabat atau koleksi tertentu akan diberi pilihan untuk memilih material fabrik, warna atau jenis kulit yang bersesuaian dengan penampilan anda.
Beg tangan yang anda bawa juga akan memberitahu jenis personaliti anda sama ada anda seorang yang sukakan warna klasik atau meriah.
Berbeza dengan jenama lain, Coach akan sentiasa tampil dengan koleksi baru setiap bulan selain memenuhi keperluan wanita dan lelaki untuk pelbagai jenis beg termasuk melancong, dompet, harian dan sebagainya.


sumber : berita harian

No comments: