ini lagi kisah lanjut dari perhimpunan BERSIH yang tak BERSIH tu. semua orang ada tengok berita ni yang salah seorang perusuh meninggal dunia. macam biasa isu ni diperbesarkan dan PDRM dituduh menjadi punca kematian si perusuh ni. aku baca petikan akhbar tentang hal ni di beberapa blog yang aku google tadi.
entah kenapa aku rasa seumurlah jumpa blog yang anti kerajaan? macam belum ada blog yang menulis baik2 dan berterima kasih pada M'sia yang aku jumpa selama ni! tak kisahlah semua ada pendapat dan fahaman masing2. dibawa ni petikan akhbar dari BH yang aku baca. aku tak pernah ragu dengan berita BH dan Utusan Malaysia sebab dari dulu mereka sentiasa melaporkan berita yang betul. lagi pun akhabr2 ini sudah lama bertumbuh di negara kita. akhbar inilah yang melihat susah-payah negara nak membangun dulu.
KUALA LUMPUR: Polis menafikan dakwaan disebarkan melalui twitter dan blog pembangkang kononnya kematian peserta perhimpunan haram, Baharudin Ahmad berpunca daripada tindakan polis ketika menyuraikan perhimpunan itu.
Dalam kejadian itu, Baharudin, 59, pemandu teksi dan menetap di AU3 Hulu Klang didakwa rebah akibat sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata serta dipukul polis ketika menyertai perarakan di hadapan KLCC.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana arwah dikatakan rebah ketika cuba melarikan diri apabila Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menghampiri penyokong perhimpunan untuk menyuraikan mereka.
“Siasatan menunjukkan arwah tidak dipukul dan polis juga tidak melepaskan tembakan gas pemedih mata untuk menyuraikan lebih 1,500 penyokong yang berarak di hadapan KLCC.
“Arwah yang berada di perhimpunan lari ke bangunan berhampiran (Bangunan K Avenue) dengan seorang rakannya selepas anggota FRU tiba untuk mengawal keadaan sebelum rebah akibat sesak nafas,” katanya.
Amar berkata, rakan Baharudin menghubungi ambulans dan mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 5.10 petang, tetapi disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian selepas menerima rawatan kecemasan.
“Laporan bedah siasat menunjukkan dia meninggal akibat masalah jantung. Jantungnya membengkak dan tiga arterinya tersumbat. Pemeriksaan juga mendapati tiada kecederaan luaran dan dalaman tubuhnya. Anak arwah juga mengesahkan dia ada darah tinggi,” katanya.
berita sumber : berita harian
No comments:
Post a Comment