medan selera tun razak, sandakan. tempat ni tepi laut...pemandangannya memang cantiklah. aku suka makan di sini sebab suasana tempatnya tak sesak. sambil makan boleh tengok laut di depan gerai ni. makanan di sini pun tak agak berpatutan harganya. menu di sini pelbagai...steambot pun ada. tapi masa aku makan hari tu, aku cum minta sup daging dan nasi udang mayonis je.
di bawah medan selera tun razak ni, tempat letak kereta dan di tepi medan ni pula banyak gerai2 rombengan. rombengan tu bahasa sabah. err...tempat jual baju2 dan apa2 saja barang terpakai. macam bundle la gitu. dari medan ni juga boleh nampak bot atau kapal2 di laut sana. kapal TLDM pun boleh nampak juga kalau kebetulan ada berlabuh di pangkalan tu. di sebelah medan selera tun razak ni ada dewan masyarakat sandakan. taman tun razak pun ada dekat2 situ tapi taman tu macam tak berapa menarik lagi. kalau dulu, taman tu nampak ramai juga pengunjungnya. orang pun selalu datang bergambar. tu dulu2 la..sekarang macam sunyi je taman tu.
selain pasar ikan bakar sim-sim, medan selera tun razak ni tempat yang aku suka makan. cuma kalau makan malam minggu...suasana tak berapa best sebab selalu ada budak2 rempit di kawasan jalan tu. kebetulan di bawah tu kan jalan 2 hala, sedaplah dorang merempit2. kena pula ada bulatan di situ, tambahlah seronok dorang buat pusingan. sakit telinga dengar bunyi preng prengggggggggggggggggggg...
No comments:
Post a Comment