Saturday, September 7, 2013

novel jodoh itu milik kita-sara aisha

novel jodoh itu milik kita-sara aisha

Lamanya aku tak update blog, ni gara2 busy dengan tugas2 seharian. baca novel pun tiada kesempatan. masa dekat puasa tu, ada juga kazen bagi pinjam beberapa novel tapi satu pun aku tak dapat baca sebab busy. tak apa, nanti lain kali je aku pinjam semula. sekarang ni dah tak berapa busy...so, ada masa baca novel. 

tak pasti ni novel jodoh itu milik kita~sara aisha baru ke lama tapi baru je my sis beli lepas keluar iklan drama farid kamil dan tiz zaqyah tu. biasalah kan, kalau novel dibuat drama memang ramailah yang cari novel tu. mula2 cari di eaton's dan popular tapi tak jumpa. jadi beli online la..alhamdulillah cepat je sampai dan dapat diskaun lagi.

sinopsis novel jodoh itu milik kita~sara aisha mengisahkan tentang dahlia yang ditinggalkan oleh syafiq di majlis perkahwinan mereka. untuk jaga maruah dahlia dan family, aariz (abang syafiq) menikahi dahlia. Aariz ni baru je pulang dari oversea...baik orangnya dan sangat sayangkan familynya. walaupun dia dan dahlia tak kenal tapi mereka berusaha untuk berbaik dan menjayakan perkahwinan mereka. mula2 mereka jalin hubungan sebagai kawan tapi lama2 tu saling cinta-mencintai.

syafiq pulang semula ke malaysia selepas gagal mendapatkan alya. alya ni ex girlfriend dia...syafiq ni jahat sikit, suka paksa orang dan dengkikan aariz. dia kejar alya pun bukan dia sungguh2 cinta...saja je dia nak buktikan pada aariz yang dia lebih baik dan ada sesuatu yang aariz takde. baginya aariz ni perampas apa yang dia ada. syafiq ni pun suka buat hal sebab tu ayah dia pun tak suka dia. mak dia je yang suka bagi muka pada dia. 

syafiq tambah tak puas hati bila tahu aariz kahwin dengan dahlia. dia cuba porak-perandakan perkahwinan abangnya. macam2 dia buat termasuk fitnah dan ugut aariz dengan dedahkan kisah silamnya. aariz ni anak angkat sebenarnya. mak dia orang filipina dan belajar sama2 dengan mak syafiq di oversea dulu. masa di sana mak aariz ni kena rogol oleh lima lelaki jahat. dia mengandung dan terlalu tertekan sebab tak ada pembelaan. family dia pun tak nak terima dia. tapi dia tetap lahirkan anak tu.

lepas 9 tahun, edna minta mak syafiq tu datang dan selamatkan anaknya. tapi mak syafiq terlambat, edna dah mati. cuma ada ezequiel seorang kanak2 yang sangat menderita masa tu. then, mak syafiq pun berusaha bawa ezequiel ke malaysia. sampaikan dia terpaksa bayar sejumla wang yang banyak pada nenek ezequiel yang jahat itu. akhirnya ezequiel dapat di bawa oleh mak syafiq dan memeluk islam dengan nama aariz daniel. sebab kisah ni aariz rasa rendah diri dan rasa tidak layak dengan dahlia. sampaikan dia nak bagi dahlia pada syafiq semula. 

nasib baiklah dahlia ni dah memang jatuh cinta dengan aariz, berusaha sangat untuk memperbaiki hubungan mereka biarpun aariz menjauhkan diri. tapi lama2 tu aariz pun ok je. cuma syafiq je masih kurang insafnya. lepas hampir2 nak buat onar pada dahlia sampaikan mak dia tak sedarkan diri...syafiq macam baik sikit tapi kemudian dia keluar negara dengan alasan nak cari diri sendiri, bukan sebab mak dia atau sebab aariz. entah apa2 je syafiq tu. hujung cerita, dahlia dan aariz dapat anak nama azfar. mereka bercadang nak pergi majlis kahwin joshua. the end la...

komen~ini kali pertama aku baca novel terbitan 'karya seni'...sebelum ni asyik baca novel alaf 21 je. ok juga la novel ni..kalau 5 bintang, aku bagi 3 setengah bintang...hehehe. sebagai novel pertama karya sara aisha...bagi aku memang dah ok sangat2 la. macam buka karya pertama je...boleh tahan penulis ni. actually aku bukan jenis yang suka baca novel dari penulis baru. aku lagi selesa baca karya penulis lama macam anis ayuni, kreisya reisya, lynn dayana... tapi kali ni memang aku tabik springgg la dekat penulis baru ni.

drama jodoh itu milik kita di astro...aku tak pasti cerita dia betul2 sama atau ada ditambah~kurang... rumah aku tak ada channel mustika. jadi tak nampaklah drama lakonan farid kamil dan tiz...cuma tengok iklan je. takpe, habis di mustika nanti mesti siar di 104 juga. tengoklah macam cerita adam hawa dan sehangat asmara tu...hujung2 dapat juga tengok di Ria. tapi dua2 drama ni aku tak minat nak tengok sebab tak berkenan dengan pelakon2nya.

gambar ni sumber~myartis.com

7 comments:

memmetlenggeng said...

rajin baca novel ye...

bz the witch said...

ada masa free...baca je la..hihihi

Rahaya .bustamam said...

thanks for your comment. tak rajin baca novel tebal2 ni. jenis tak sabar nanti 2 hari aku baca tanpa henti nanti banyak pihak tak puas hati pulak.

Rahaya .bustamam said...

thanks for your comment. tak rajin baca novel tebal2 ni. jenis tak sabar nanti 2 hari aku baca tanpa henti nanti banyak pihak tak puas hati pulak.

bz the witch said...

hehe...biasa la tu, sy pun baca bila ada waktu terluang
je. kalau tebal sangat slalu sy selek2 je mana bab
yg boring tu

TuanZaidaniNurSaadah said...

sy just sempat tgokk ep latest jerr .. novel pon xbace .. so , why alya pregnant ?? anak sape ?? is she married or not ??

bz the witch said...

maaflah sy tak tgok drama jodoh itu milik kita. sy cuma baca novel saja jadi tak tahu la sama ada cerita alya tu ditokoh tambah. dlm novel, kisah alya tak banyak pun cuma masa di luar negara saja...waktu syafiq datang cuba pujuk dia.