Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose |
Ini entry kedua untuk tahun 2014...tengok gambar kat atas tu, mesti dah tahu aku nak story tentang novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose. Sinopsis novel 13 JAM A380 ni tentang Hana Sofea yang dah 3 tahun skodeng twitter Syed Haydar. Siang malam berdoa minta ditemukan dengan Haydar. Impaiannya tercapai bila kebetulan dia naik flight sama dengan Haydar. Mereka pun cipta kenangan indah sepanjang pernerbangan 13 jam tu. Hana juga jadi kekasih kayangan untuk Haydar sepanjang 4 jam. Tapi lepas sampai di bumi London, mereka kemudian terus berpisah.
Hana kemudian bertemu dengan Fawwaz. Dia ni sangat-sangatlah alim, Hana yang frust tengok Haydar dengan kekasih modelnya tu terus suka dekat dengan Fawwaz. Kerana Fawwaz juga dia mula menjadi muslimah yang sebenar. Selepas 3 tahun, mereka nak kahwin tapi Haydar muncul dan nak kahwin dengan Hana juga. Banyaklah Haydar buat sampai Hana jadi milik dia. Hujung novel 13 JAM A380 ni, Haydar dan Hana ada anak perempuan Sharifah Husna Huri.
~ FALIQ NASIMUDDIN
Ok, sebelum aku beli novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni, aku dah baca beberapa bab di blog Evelyn Rose. Bab pertama je aku terus suka novel Novel 13 JAM A380 - Evelyn Rose ni dan teus jatuh cinta dengan Haydar. Rupanya penulis mendapat inspirasi menulis watak Haydar ni dari seorang yang memang ada di alam realiti. Siapa lagi kalau bukan Faliq Nasimuddin. Jujur aku memang tak tahu siapa Faliq Nasimuddin tu. Ada beberapa blog yang review novel ni semua ada cakap pasal Faliq Nasimuddin. Google punya google...akhirnya aku pun tahulah siapa Faliq Nasimuddin ni. Rupanya dia ni anak pengasas Naza Group.
Kelakarnya, ada yang review novel ni, terus kata follow twitter si Faliq Nasimuddin ni. Hahaha...kuatnya pengaruh novel ni. Sampai si Faliq ni pun baca novel ni lepas beberapa kawan dia sarankan dia baca. Aku pula dari tak tahu jadi tahu semua tentang NAZA GROUP...termasuk Naza sibilings. Lagi yang aku baru tahu, dia ni adik Nasarudin suami si Marion Caunter tu...hahaha, nampak tak di situ ketinggalan zamannya aku?
~ AKU JATUH CINTA DENGAN HAYDAR!
Macam aku cakap kat atas tadi, mula2 baca bab 1 di blog Evelyn Rose aku terus jatuh cinta dengan Haydar. Terus nak beli novel 13 Jam A380 ni. Proses menunggu kedatangan novel ni memang sangat menggugat keimanan. Memang tak sabar dan asyik menghitung hari. Dapat je terus baca...tak henti sampai habis. Makin lama baca, makin suka dengan watak Haydar.
Sebelum baca penuh novel ni, aku baca semua review dari mana-mana pembaca novel ni. Ramai yang kata Fawwaz lagi layak dengan Hana. Lepas tu kata Haydar ni licik dan main kotor untuk dapatkan Hana. Komen2 negatif tentang Haydar tulah buat aku rasa tak sabar nak baca novel ni sampai habis. Hasilnya................
Aku semakin suka dengan Haydar. Takdelah pun jahat atau liciknya...biasa je perangai atau perbuatan macam tu bila gila dekat perempuan. Bagi aku memang dialah yang paling layak dapat Hana. Dia dulu yang kenal Hana berbanding Fawwaz. Memang dia banyak potong jalan Fawwaz tapi kalau tengok betul2, Haydar memang berusaha habis nak dekat dengan Hana. Macam-macam dia buat untuk bisnes Hana di Malaysia sepanjang 3 tahun Hana di luar negara. Tapi Hana tak tahu pun. Lepas tu bila Hana pulang Malaysia pun, Haydar buat macam-macam untuk ambil hati keluarga Hana. Jelas dia memang banyak berusaha untuk dapat Hana.
Fawwaz? Memang alim habislah, sampai Hana cakap dia tu macam malaikat. Hana jadi baik dan berhijab pun sebab Fawwaz. Tapi Hana ada kata, semua tu pun sebab dia kecewa dengan Haydar masa pertemuan pertama dorang dulu. Tentang agama tu memang Fawwaz superb, tapi aku tetap tak suka bila dia tak boleh terima Hana yang punya kisah silam dengan Haydar. Alaa...bukannya teruk sangat pun, tapi entah Fawwaz ni over pula nak pilih calon isteri. Kesian Hana...sudahlah tu Fawwaz memang tak berusah pun pertahankan cinta dia dengan Hana, mudah je dia putuskan untuk tak pilih Hana sebagai isteri. Memang sesuailah pun dia tak dapat Hana.
Hana? Heii, memang sesuailah dengan Haydar. Nakal ya juga...suka sangat masa dorang jumpa dalam flight tu. Tapi masa jumpa Fawwaz, aku tak suka langsung. Aku juga tak suka bila dia asyik lukakan hati Haydar. Nasib baiklah Haydar ni penyabar je orangnya. Masih nak dekat Hana walaupun Hana mulanya nak kahwin sebab nak perniagaan family dia Haydar kembalikan. Sudahlah tu, lepas nikah dia memang rancang untuk lari tinggalkan Haydar. Masa ni aku tak suka langsung dekat Hana, terlau ikut perasaan...asyik balas dendam je. Padahal dah sah2 Fawwaz tak nak dia lagi...Fawwaz pun dah kahwin dengan Almas Iman.
Tapi nasib baiklah, Linda nasihatkan Hana masa kat airport tu. Terbuka juga pintu hati Hana untuk kembali muhasabah diri. Nak lari konon tapi akhirnya kantoi bila Haydar dapat juga jumpa dia.Seronok baca kisah mereka masa di India. Teringat bab2 awal novel ni...rindu dengan gelagat mereka masa dalam A380 tu.
Ok tu bebelan aku tentang novel 13JAM A380 - Evelyn Rose. Kalau yang belum beli, aku cadangkan belilah cepat...memang best dan tak rugi beli. Ada juga kata novel ni bakal diadaptasi ke drama. Tapi ada juga kata akan dibuat filem. Tak tahulah mana yang betul.
1 comment:
macam best je novel ni.nanti nak baca la.
btw, mai la singgah blog saya:)
easyshoppe.blogspot.com
Post a Comment