Wednesday, February 6, 2013

tips untuk anda sentiasa berfikiran positif

Inginkah anda sentiasa setiap hari merasakan perasaan positif dan menikmati hari-hari yang anda lewati penuh bahagia, bersemangat dan dalam tahap ceria?

Semuanya bermula dari niat anda untuk memilih bagaimana corak kehidupan yang anda mahukan. Pemikiran kita boleh dalam keadaan positif atau negatif. Otak kita tidak boleh berfungsi serentak untuk memilih perasaan positif atau negatif sekaligus.

Jika kita memilih pemikiran negatif maka minda bawah sedar kita akan mencari seribu alasan untuk membenarkan pilihan kita. MIsalnya kita memilih untuk berduka cita.Maka minda bawah sedar kita akan mencari apa sahaja alasan,peristiwa atau mode yang menambahkan lagi penderitaan kita. Semakin lama semakin menebal sehinggakan ianya datang bertalu-talu menjadi kita merasakan perasaan yang tidaka selesa dan boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan kita.Sehingga apabila keadaan ini tidak terkawal akan menyebabkan anda stres serta boleh mengalami kemurungan.

Jadi anda perlu membuat pilihan untuk ceria,positif dan bergembira dengan kehidupan anda. Caranya ialah:-

!) Sentiasa menjangkakan anda mendapat yang terbaik dalam hidup anda

2) Anda benar-benar tahu kehendak anda dan anda pastikan anda akan perolehinya

3) Mulakan hari anda pada malam sebelumnya dengan menanamkan benih pemikiran yang positif apa yang anda akan kerjakan pada esoknya.

4) Pastikan matlamat anda bukan sahaja untuk mengembirakan diri anda tetapi juga orang lain terutama orang yang berada dekat di samping anda kerana kegembiraan anda bergantung kepada sejauhmana anda dapat mengembirakan orang lain.

5) Sentiasa mengambil berat dan mengambil cakna orang lain. Buatkan orang lain tersenyum, nescaya anda akan tersenyum riang.

6) Sentiasa tersenyum dan bertanya khabar pada orang lain.

7) Jangan kedekut Puji dan hargai dengan ikhlas jika mereka layak mendapatkanya.

8) Buat bayangan minda yang diri anda selalu ceria , gembira dan bersikap positif di mana sahaja anda berada.

9) Sentiasa merasakan, memikirkan dan mempercayai bahawa anda adalah orang yang bertuah dan beruntung.

10) Jangan mengutuk diri anda tetapi baikilah kelemahan anda.

11) Menerima kelemahan dan keburukan anda dan berharap serta berusaha untuk menambahbaik.

12) Sentiasa pandang ke hadapan dan jangan mengenangkan hal yang lalu.

13) Nikmatilah saat-saat hidup anda dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

14) Redha terhadap ujian Allah kerana ketahuilah semuanya adalah anugerah yang menjadikan kita insan yang lebih istimewa. Allah tidak menzalimi hambanya, sebaliknya hambalah yang menzalimi diri mereka sendiri

15) Ambil masa setiap hari untuk mengimpikan kebahagiaan anda . Cari langkah-langkah bagaimana untuk memenuhi impian anda dan lakukan dengan penuh ketabahan.

16) Sentiasa berani untuk membuat sasaran yang tinggi. Letakkan standard yang tinggi pada diri anda. Anda dapat mencapainya dengan ilmu dan mempelajari kemahiran tertentu serta yang penting mesti dipraktikkan.

17) Sikap anda adalah segala-galanya.

18) Disiplin diri adalah kuncinya untuk sentiasa bersikap positif

19) Nikmatilah dan hargai nafas segar yang anda hirup dan pancaran mtahari yang masih anda dapat saksikan . Anda beruntung kerana setiap hari adalah hari yang baru maka hargailah hari-hari mendatang anda kurniaan Illahi

20) Terimalah setiap peristiwa dengan mata hati positif, segalanya adalah baik untuk anda jika anda melihat dengan kaca mata positif, Bersyukurlah .

21) Sentiasa HIDUPKAN IMPIAN ANDA dengan memanjatkan doa untuk kebaikkan dunia dan akhirat.


credits to http://mindataqwa.blogspot.com

bagaimana mahu positifkan diri

Bagaimana saya nak positifkan diri dalam semua perkara?

Sikap positif digambarkan sebagai salah satu cara untuk kita berjaya di dalam hidup.
Apa itu sifat positif diri? Sifat ini bermula dengan sifat pra sangka yang baik pada diri sendiri , orang lain dan dengan Allah.

Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan purba-sangka (kecurigaan), karena sebagian dari purba-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Al-Hujurat :12

Dan janganlah sama sekali kamu berburuk sangka dengan Allah kerana kamu akan termasuk dalam golongan yang rugi.


Dan yang demikian itu adalah prasangkamu yang telah kamu sangka kepada Tuhanmu, Dia telah membinasakan kamu, maka jadilah kamu termasuk orang-orang yang merugi. Fushilat; 23

Sikap positf bermula di minda seseorang iaitu diterbitkan dari hati yang berkeinginan untuk memperbaiki diri bag mendapat keredhaan Allah

Adapun orang yang bertaubat dan beriman, serta mengerjakan amal yang soleh, semoga dia termasuk orang-orang yang beruntung.

Al-Qashah: 67

Untuk positifkan diri, seseorang perlu bermuhasabah atau menghitungkan diri dari aspek kelemahan yang berlaku sebenarnya adalah kerana perbuatan-perbuatan dosa yang dilakukan samada disedari atau tidak disedari.

Apabila seseorang itu bertaubat, kejahatan mereka akan digantikan dengan kebajikan atau amalan positif.

kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal soleh; maka itu kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan. Dan adalah Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Al-Fuqaan : 70

Sepertimana yang dinyatakan oleh pewaris syurga ,Saidina Omar Alkhatab,

“Hisabkan lah diri kamu sebelum kamu dihisabkan.”

credits to http://mindataqwa.blogspot.com



hati adalah radar yang ajaib

Pernahkah anda rasa berdebar-debar, gelisah, tidak tenteram, tidak sedap hati dan sebagainya?
senua fenomena itu sebenarnya adalah isyarat yang dipancarkan oleh hati seseorang bahawa sesuatu yang menjadi ancaman kepada diri manusia telah dikesan (detect) oleh hati.

Sabda Rasullulah s.a.w: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu b aik, maka baiklah seluruh anggota badannya. Tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Dan daging yang dimaksudkan ini adalah hati.

Hati adalah ibarat raja bagi tubuh bdan manusia. Di sinilah tersimpan tenaga yang hebat seperti pemikiran dan tenaga emosi. Jika hati seseorang itu disi dengan sifat mahmudah maka hebatlah seluruh anggota badannya menjadi seorang yang mulia. JIka hati dikotori dengan sifat mazmumah maka rosaklah peribadi akhlak seseorang itu.

Hati adalah radar yang hebat mengesan perbuatan manusia samada pekara yang baik dan buruk. Apabila kita melakukan perbuatan yang berdosa, kita akan mudah rasa berdebar-debar dan cemas seterusnya akan menyebabkan kita rasa gelisah(tension)

Isyarat ini menyuruh supaya seseorang kembali pada Allah. Apabila kita memohon keampunan dan bertaubat maka hati kita akan tenang semula. Hati yang berpenyakit dari segi batin perlu dirawat seberapa segera kerana ianya bukan sahaja memberikan kemudaratan pada ketenteraman jiwa malah boleh menyebabkan penyakit pada anggota badan.

Bagaimana hati mendapat tenaga dan kekuatan? Makanan hati adalah taqwa kepada Allah.
Zikir, membaca alQuraan dan menuntut ilmu agama islam, zakat, bersedekah dan baik sangka adalah makanan hati yang enak dan lazat. Jika hati tidak diberi makan maka seseorang itu akan menghidap penyakit batin dan zahir.Dengan cara memberikan makanan pada hati , barulah seseorang berhak menperolehi kebahagiaan.

Apakah cara merawat hati yang berpenyakit dan hidupkan hati yang mati. CAranya ialah bertaubat, minta keampunan mengingati kematian dan sentiasa melakukan amalan kebajikan akan memulihkan dan menghidupkan semula hati

Hanya dengan mengingati Allah seperti dalam firman Allah;
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

Surah Ar-Ra'd :28

Apabila hati kita mendustaka ayat-ayat Allah maka termasuklah kita dalam kategori hati yang berpenyakit;

Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
Al-Baqarah:10

Bila hati kita mengesan sesuatu yang tidak menyenangkan maka marilah kita segera kembali kepada Allah sebelum hati kita menjadi keras

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.

Al-Haddid:16


sumber : google



Novel Sungguh Aku Cinta-Anis Ayuni

Novel Sungguh Aku Cinta-Anis Ayuni

Assalamulaikum? Holla, blog!

Kali ini saya nak cerita tentang novel Sungguh Aku Cinta-Anis Ayuni. Saya suka sangat novel ini sebab ada beberapa bahagian dalam novel ini berlatar belakangkan bandar KK dan gunung Kinabalu. Kebanyakan novel yang saya baca sebelum ini semua berlatar belakangkan negeri-negeri di Semenanjung. Sesekali baca novel berlatar belakangkan tempat kita tinggal, memang rasa seronok. Lebih mudah untuk bayangkan suasana tempat itu.

Novel Sungguh Aku Cinta-Anis Ayuni ini mengisahkan tentang Maira yang meminati aktiviti lasak. Masa kat gym dia bertemu dengan Fajar yang menunjukkan minat kepadanya. Beberapa pertemuan yang tak disengajakan berlaku, Fajar cuba mendekati Maira tapi Maira tak layan dan menggelak. Fajar kemudian mengikut Maira ke Lembah Royal Belum. Di sana dia agak rapat dengan Maira. Maira juga agak senang dengan Fajar yang mengambil berat tentangnya. Tapi bila balik KL, Fajar masih gagal untuk mendapatkan no hp Maira.

Dalam satu insiden, Maira membantu Datin Yati yang diragut. Datin Yati tu mak Fajar. Maira ikut trep ke KK dan mendaki gunung kinabalu. Fajar seronok sebab dapat tahu Maira akan turut serta. Maira memang terkejut melihat Fajar. Dia tak sangka asyik berjumpa lelaki ini. Sebenarnya dia baru saja membaca kisah Fajar dalam majalah yang ditunjukkan oleh Ruhi teman sekerja Maira. Ruhi ni sepupu Fajar. Tapi Maira tak mengaku pun kenal Fajar.

Masa mendaki gunung, Fajar begitu ambil berat terhadap Maira. Hubungan mereka semakin rapat tapi bekas suami Maira, Azhan cuba untuk kembali pada Maira. Mak Fajar pula tak nak Fajar kahwin dengan janda. Dia halang hubungan Fajar dengan Maira.

Suami adik Fajar pula meninggal dunia. Kemudian adik Fajar kahwin semula dengan lelaki bujang. Keluarga lelaki itu pula sangat baik dan menerima adik Fajar walaupun dia seorang janda. Mak Fajar insaf dan akhirnya dia restu juga hubungan Fajar dan Maira 😊

Jangan lupa beli novel ini. K, bye.



Saturday, February 2, 2013

apa ada pada jenama?

kebanyakan orang ada yang pentingkan brand pada barangan yang dipakai. macam baju, beg tangan, kasut dan sebagainya. tak kurang juga untuk makanan dan kerperluan harian seperti sabun, ubat gigi dan lain2 tu. aku pun lebih kurang macam tu juga tapi kebanyakan barangan untuk keperluan seharian dan makanan. kebanyakan produk yang aku guna lebih kepada keselesaan dan mungkin sebab dah biasa guna produk tu dari kecil, jadi berterusanlah sampai sekarang. contoh macam barangan di bawah ni la...

ini bab makanan dulu la, ini sebahagiannya. kebanyakannya aku dah makan makanan ni sejak kecil lagi jadi sampai sekarang memang setia biarpun sekarang dah macam2 jenama makanan yang serupa macam ni. tapi yang lama juga tetap sedap ditekak ku.




ini pula barang2 keperluan seharian. sama dengan makanan, produk kat bawah ni pun aku dah guna sejak kanak2 sampailah sekarang. kalau guna jenama lain, badan macam tak kena...lagipun kebanyakan barangan ni memang sudah wujud sejak zaman aku membesar sekitar 80an dulu. kiranya jenaman terawal yang aku kenal la...









gambar sumber : google