Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Salam raya...hari ni syawal yang keberapa ye? Lupa dah berapa...hehe. Tapi kemeriahan tu dah semakin kurang. Cuma rumah2 terbuka aje masih banyak.
Oklah aku nak cakap pasal novel Guy Next Door-Rose Harissa. Hehe...masa tengok tajuk terus ingat kumpulan GUYS NEXT DOOR yang top dengan lagu I've Been Waiting For You dulu (minat habis dengan group tu dulu hehe). Aku dah lama tak baca novel Rose Harissa. Dulukan aku baca buku2 alaf21 saja. Lepas tiga novel (tak silap akulah...kalau salah sila betulkan) dengan alaf21, dia dibawah penerbitan lain Nb dan PTS. masa tu aku dah tak ikut perkembangan Rose Harissa lagi. Hanya lepas baca novel baru dia ni (novel guy next door), barulah aku ikut perkembangan dia semula ( fp dan blog). Jumpa buku dia ni pun secara tak sengaja. Masa tu aku nak beli novel baru, bukalah laman web kaki novel. Tak sangka pula ada novel Rose Harissa. Tapi sebenarnya aku lagi tak sangka dia keluarkan novel baru. Memandangkan aku dulu suka novel2nya, aku terus aje beli novel Guy Next Door ni. Tajuk je pun dah menarik untuk aku beli.
Belum baca pun aku dah tahu novel ni best. Sebabnya penulisnya Rose Harissa...aku memang suka style dia menulis sejak dulu lagi...dia selalu bahasakan diri watak utamanya 'aku'. Tu yang rasa macam dekat saja dengan hati aku. Maklumlah bahasa pertuturan dan ganti diri di tempat aku memang ber'aku-aku'. Tu yang suka baca novel Rose Harissa ni.
Ok, novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ni pasal Kristal dan Adam. Dorang ni berjiran tapi tak bertegur-sapa. Kristal pandang rendah pada Adam. Dia ingatkan Adam ni melepak aje harap mak dia tanggung makan pakai aje. Kristal ni taksub sangat dengan bf dia si Fandi tu. Tapi Fandi sebenarnya dah kahwin pun! Mereka putus tapi Fandi masih selalu kacau Kristal. Adam mula rapat dengan Kristal tapi Kristal anggap kawan aje. Lepas mak adam meninggal, Adam balik ke US kerja kat sana. masa tu barulah Kristal teringat2kan Adam. Dia ikut perkembangan Adam melalui kawan dia Mia.
Adam & Kristal~Guy Next Door (Rose Harissa)
Adam~Guy Next Door (Rose Harissa)
Masa raya, rombongan Fandi datang meminang. masa tu Kristal ingat Adam di US. Tup2 Adam pun muncul masa tu juga. Saja nak suprisekan si Kristal. Mereka pun kahwin dan Adam bawa Kristal tinggal di US. Ok, macam tulah ceritanya.
Sebenarnya banyak part yang best dalam novel Guy Next Door ~ Rose Harissa ...aku cerita ringkas aje. Korang yang suka novel dan suka penulis Rose Harissa ni, silalah beli buku ni. Tak rugi beli...best sangat2. Percakapan mereka memang santai-bantai. Aku suka sangat, ada masa ketawa sendiri baca dialong mak Kristal dan dia...memang kasar tapi kelakar dan mengelikan hati. Aku juga suka adam dalam nakal2 pun dia sangatlah baik dan bertanggungjawab pada mak dia.
Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Novel Guy Next Door ~ Rose Harissa
Ini kali pertama saya baca novel yang cara penceritaannya POV1 Adam dan Kristal. Terkejut juga style baru agaknya. Dalam hati saya, tak sangka rupanya dah ada style baru dalam penulisan novel. selalu baca novel cuma jumpa yang guna sudut pandangan orang pertama pencerita atau orang ketiga pencerita. Tapi novel Guy Next Door ni, berbeza sangat. Sebenarnya sudut pandangan POV1 untuk hero dan heroin ni dah pernah orang buat sebelum ni dalam novel tapi aku aje yang agak ketinggalan.
Tapi walaupun ini kali pertama aku baca novel sudut pandangan POV1 untuk 2 watak utama ni, aku mudah aje rasa serasi dan masuk dalam cerita ni. Lagi best sebab dapat selami dua watak hero dan heroin. Memang best sangatlah. Ada yang cakap, penggunaan POV1 untuk 2 watak ni mesti letak nama pencerita di setiap bab agar pembaca tak keliru. Tapi dalam novel ni, tak letak pun takpe sebab tak rasa terganggu pun. Mudah je tahu tu monolog atau cerita siapa, Kristal ke Adam. Kalau langkah 3 ke 4 bab pun masih lagi dapat tahu tu bahagian siapa. Monolog dan pandangan/penceritaan Kristal sangat berbeza dengan Adam, jadi sangat mudah untuk dibezakan.
Aku rasa ketagih nak baca novel yang guna sudut pandangan macam ni. Harap Rose Harissa akan hasilkan lebih banyak novel macam ni. Satu aku suka Rose Harissa ni dia berani dan ikut perkembangan semasa dalam buat ceritanya. Oklah, korang jangan lupa beli novel Guy Next Door~Rose Harissa ni ye...
P/S~ aku letak gambar pelakon Thailand tu sebab Rose Harissa bayangkan rupa Adam dan Kristal macam mereka berdua. Cutekan...