Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamulaikum? Holla, blog!
Novel ni saya baru je beli hari sabtu lepas (13 hb december). Saya masuk Eatons bukan nak beli novel pun tapi saja2 masuk untuk lengkapkan tawaf di CP. Selalu memang excited nak beli novel tapi sebab hujung tahun konon plan nak pergi jalan2, jadi kena jimat2lah. Tak mau dulu beli novel. Lagi pun, saya tak tertarik nak beli apa2 novel sekarang ni. Saya tunggu novel baru Farah Husain atau Anna Lee, Rose Harissa atau novelis lain yang saya minat. Tapi buat masa ni belum ada pula. Tak tahulah kalau tanpa pengetahuan saya, mereka ada novel baru. Saya ni nama aje follow blog atau fp dorang tapi nak tengok hari2, memang taklah. FB saya pun jarang berjenguk. Tu yang agak ketinggalan dengan apa2 saja perkembangan novelis yang top2 sekarang ni.
Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
Cakap pasal novel Arluna-Rin Ahmad ni. Saya memang tak sengaja jumpa buku ni dilonggokan novel di Eatons sabtu lepas. Lama saya kat situ semata-mata baca sinopsis kat kat belakang novel2 yang berlambak di rak buku kedai tu. Konon kalau terjumpa novel lama Rose Harissa (yang bukan keluaran ALAF21) memang saya nak beli juga. Kalau terjumpa novel Ratu Bulan pun (Prince Charming), saya akan pertimbangkan untuk beli. Tapi takde pula kat situ. Masa nak keluar, ternampak pula novel Arluna-Rin Ahmad ni. Terus ingat hari tu Rose Harissa kata buku ni best (status kat fp dia). Kalau dah novelis cakap novel Arluna-Rin Ahmad ni best, maknanya memang bestlah. Jadi saya terus capai dan bayar kat kaunter. Masuk dalam kereta terus mula baca...hehe...
ni part Johan bagi Nina pensil warna Luna tu..
Novel Arluna-Rin Ahmad ni mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna Najib. pertemuan pertama di sands skypark...Nina jatuh dalam kolam. Kali kedua jumpa masa Nina praktikal di tempat Raziq. Perkenalan mereka singkat aje, tapi Johan terus ambil keputusan untuk kahwin dengan Nina. Masa nak kahwin, muncul Fazleen bekas teman wanita Johan. Tapi sebab Nina tak mahu malukan keluarga dan sebab dia pun sayang Johan, perkahwinan mereka tetap diteruskan. Lepas kahwin Fazleen memang selalu nak kacau daun. Johan pula masih juga layan Fazleen. Kebetulan mereka pun masih rakan sebisnes. Cuma Johan memang dah lupakan Fazleen pun. Fazleen saja yang masih gilakan Johan.
Fazleen dan Johan tu memang nak kahwin pun dulu tapi Hanna tak izinkan sampai ugut macam2. Sebab Hanna, Johan terpaksa berpisah dengan Fazleen untuk sementara. Fazleen kecewa dan pergi luar negara. Masa tulah Johan kenal Arluna dan terus suka. Lagipun masa tu Raziq pun macam suka Arluna. Johan tak nak Raziq suka Nina sebab Johan nak Raziq tu kawan dengan Hanna. Tu sebab Johan terus nak kahwin dengan Nina. Tapi sebenarnya tu alasan aje...memang pun Johan suka dengan Nina.
Lepas kahwin, memang bermasalah sebab Fazleen selalu kacau. Nina memang sakit jiwa sebab Johan pun masih juga layan Fazleen dengan alasan dia kesiankan Fazleen. Dah nak habis baru Johan tahu, Fazleen tu tak sebaik mana. Hanna yang tahu Fazleen tu buat benda tak senonoh dan liar. Hanna sebenarnya ada kembar (Hanni) tapi dah meninggal. Hanni ni liar dan kawan Fazleen juga...Hanni yang tahu aktiviti ta kbaik Fazleen tu. Hanna tak berani nak cakap dengan sesiapa sebab tak nak buka aib Hanni yang dah meninggal. Lepas tu barulah Johan putus habis dengan Fazleen dan berbaik dengan Nina. Nina pun dah mengandung. Hujung cerita hidup mereka dah aman dan punya anak dua orang Iman dan Hanni.
Ok, lebih kurang macam tulah jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad ni. Jalan cerita novel Arluna-Rin Ahmad memang best...cuma saya aje yang tak berapa pandai nak cerita semula. Kalau korang belum baca buku ni, silalah pergi kedai bukan dan beli. Tak rugi beli... Dalam buku ni pun ada selit resipi tau...tentang home water birth pun ada.
Novel Arluna-Rin Ahmad Memang Best
Nina terima lamaran Johan
Tapi part saya suka masa pertemuan Johan dan Nina di sands skypark tu...secara tak langsung tahu jugalah tentang tempat mewah macam tu. Tapi paling kelakar masa Joe dan Nina di KL Birdpark.
"Sit and Practice calling."
"Joe."
"Ya." Burung kakak tua yang bersuara
Johan hanya menutup mulutnya dan meletakkan jarinya ke mulut membuat isyarat diam. Arluna bengang. "Joe!"
"Ya." Burung kakak tua bersuara lagi.
"Joe. Janganlah main-main." Arluna bertambah bengang melihat Johan menahan ketawa sambil menutup mulut. Arluna bangun dan bergerak selangkah meninggalkan Johan.
"I love you Nina. Be mine."
Owh My coach! Did he train the parrot to say that he loves me?
~Novel Arluna-Rin Ahmad: m/s 125
Lagi part saya suka masa Joe tanya pasal lamaran dia kat tepi kolam renang tu. Lama sangat Joe tunggu Nina lempar bunga dalam kolam tu...sampai dia merajuk dan jalan dulu. Then Nina jerit nama dia dan tunjuk bunga kat kolam tu...hehe...sweet gila...
Yang Johan bagi hadiah pensel warna Luna jadi Arluna tu pun best juga. Semualah best...tak ada yang tak best melainkan best-best belaka! Saya perasan juga penulis ni banyak je sebut Oh my chanel, Owh my Bottege Veneta, Owh my March Jacob, Owh my batenciaga dan Oh my coach.
Cakap pasal hero Johan Arif @ Joe, saya memang suka dia. Cool aje cara dia ambik hati Nina. Masa dia beli hp baru untuk Nina tu pun, lawak juga. Selalu sata baca novel hero2nya macam tak berapa nak realiti. Kebanyakan semua bersih dan jenis stok imam2 la gitu. Lepas tu semua hero dibayangkan bibir merah tanda tak merokok! Haha...tu hero2 novel yang selalu saya baca. Bersih bukan main. Tapi dalam cerita ni hero dia nakal, sosial, lepak di club. Rajin merokok lagi. Tu sebab saya rasa hero dia macam betul2 ada di alam realiti.
Lagi satu kenapa saya rasa novel Arluna-Rin Ahmad ni berbeza dengan novel lain, heroin dia yang kejap bertudung kejap tak. Lepas tu seksi pakai bikini. Bapa dia suruh solat istikharah (sebelum terima Johan) pun dia tak buat tapi dia kahwin juga dengan Johan dan bahagia. Nakal samalah dengan Johan tapi hujungnya dia terbuka hati untuk bertudung juga. Kalau novel lain tu...saya rasa macam bosan sebab semua heroin dia macam sama aje...stok macam ustazah semua. Lepas tu nak kahwin mesti ada babak solat istikharah yang sah2 jawapannya terima hero. Bukanlah mempertikaikan solat tapi yang saya bosan part tu semua ada dalam novel. Macam sama aje semua... Nasib baiklah watak dan perwatakan Arluna sangat2 berbeza. Tu yang saya suka novel ni.
Ada satu ayat yang buat saya terkesan dalam ni...dialog Joe pada Nina..m/s 406... "Apa yang kita makan hari ini kita akan dapat hasilnya sepuluh tahun akan datang. Apa yang kita amalkan hari ini kita akan dapat hasilnya bila kita sakit. Nak tengok sejauh mana amalan kita, lihatlah siapa kita ketika sakit." Touching gitu...
Jangan lupa beli novel Arluna-Rin Ahmad ni ya Rm21 kat west dan rm 24 kat Sabah dan Sarawak. Masa kat Eatons tu saya beli Rm21 aje (eaton mmg jual buku ikut harga west sebab tu saya suka masuk kedai ini). Nasib baik saya beli kat situ sebab masa masuk kat Popular tu, nampak buku ni dengan harga Rm24. Kalau beli Online rasanya lagi dapat diskaun... Lepas ni ingat nak cari novel Rin Ahmad yang lain pula. Ok, bye.