Saturday, January 24, 2015

Novel Untuk Semua Dosaku ~ Rin Ahmad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Novel Untuk Semua Dosaku ~ Rin Ahmad

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini novel pertama yang saya baca dalam tahun 2015. Saya teruja habis dapat beli novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini. Lepas baca Arluna, saya memang jatuh cinta dengan style penulisan Rin Ahmad. Nak cari novel dia yang lain Edisi Gadis Terhad dan Bimbo. Sementara belum dapat dua novel tu, saya baca cerita2 di blog Rin Ahmad aje. Best2 ceritanya...

Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad mengisahkan tentang Nur Lisa dan Syed Azri yang belajar di Jerman. Dorang ni bergaul sangat bebas. Tinggal serumah lagi tapi takdelah tidur bersama pun. Tapi sangat mesra alamlah sebab bf-gf kan. Masa kat sana, mereka terlibat dengan arak, ganja, xanax, rokok dan macam2 lagilah. Tapi lepas Nur Lisa jumpa Lydia, dia terus sedar dan berubah. Tapi Syed Azri ni ego tak suka Nur Lisa berubah. Kerana ego, dia lepaskan Nur Lisa dengan jalan hidup baru itu.

Lepas beberapa tahun, mereka jumpa semula dan kahwin. Tu pun sebab Nur Lili yang buat cerita, lepas jumpa gambar2 Nur Lisa dengan Syed Azri yang dah macam suami isteri masa di Jerman dulu. Nur Lili buat semua ni sebab tak nak Nur Lisa berbaik dengan Tengku Akhbar. Nur Lili cinta habis dengan Tengku Akhbar sampai sanggup kenakan kakak sendiri. Banyak juga konflik awal perkahwinan mereka, lagipun Syed Azri masih tak berubah dan insaf. Tapi hujung2 nak habis novel ni, dia akhirnya insaf juga. Semuanya atas kesedaran sendiri dan usaha Nur Lisa.

Best sangat Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ni. Saya suka Syed Azri dan Nur Lisa. Selain tu, Saya suku novel ni sebab penulis banyak selit ayat2 yang buat hati saya terdetik untuk turut sama  insaf. Malah ada juga selit tentang dosa2 yang bf-gf buat masa bercinta, takkan hapus hanya dengan ikatan perkahwinan. Bukan papa Nur Lisa dan Ariana saja yang salah konsep tapi di luar sana lagi ramai yang bersangka macam tu. 

Semua dosa setiap hamba akan gugur dan diampunkan oleh ALLAH sekiranya dia bertaubat dan ALLAH menerima taubatnya. Bukan semudah, dah berzina jom kahwin. Titik. Salah, sebab kalau dah kahwin, lagi banyak cabaran dan dugaan. Semudah menghulurkan segelas air kepada suami untuk ke syurga dan semudah menolak permintaan suami untuk tergelincir ke neraka. m/s 472

Kalau seseorang itu dibukan hatinya untuk berubah ke jalan ALLAH, maka akan dihantar juga orang yang baik untuk mendampingi seseorang yang sedang berusaha menjadi baik kerana ALLAH itu. m/s 473

"Buatlah apa aje asalkan niat kita kerana ALLAh dan untuk mendekatkan diri kita dengan ALLAH."

"Kalau nak beli kapal terbang untuk menerokai dunia seandainya dengan cara itu dapat mendekatkan diri dengan ALLAH, maka belilah."
m/s 570

Dua nasihat Syed Gilani untuk Syed Azri...saya suka dua nasihat ni. Sebenarnya banyak petikan ayat yang saya suka dan cukup bermakna dalam novel ni. Tapi takkanlah semua saya nak taip balik. Penat saya. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, sila beli novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini. Ok, bye.

3 comments:

Anonymous said...

Terbaik lah nukilan Cik ini....masa saya di Kedai minggu lepas pun ada seorang customer saya share yang buku ini best. InsyaAllah saya nak order untuk Kedai saya. Terima kasih

Annur said...

Langkah terbaik ... menjual novel saperti usd utk pembaca. Semoga awak mndapat sagam terbaik utk akhirat
Usd sgt bebaloi utk d baca

Annur said...

Langkah terbaik ... menjual novel saperti usd utk pembaca. Semoga awak mndapat SAHAM terbaik utk akhirat
Usd sgt bebaloi utk d baca