Tuesday, February 3, 2015

Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance)

Ini drama tagalog di tv3...tak tahu sejak bila main. Aku dah lama tak tengok tv3, kemarin baru perasan ada cerita baru ni. Macam best aje...siang tadi pun tengok juga. Baru kejap tadi google, drama ni tahun 2013 punya. Drama Akin Pa Rin Ang Bukas cuma ada 79 episod aje. Mesti kau suka sebab episod tak sampai pun 100 lebih macam drama2 sebelum ini.

Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance) mengisahkan tentang Lovelia (anak Roel dan Emma). Masa kecil, mak dia yang jaga. Mak dia ni bekas kerja di rumah Beatrice (mak Roel). Tapi kena halau sebab mak Roel tak suka. Lovelia ada penyakit jantung jadi untuk kebaikannya, Emma tinggalkan Lovelia di rumah Roel. Bermulalah kisahnya, nenek dia tak suka dan sentiasa tunggu Lovelia buat salah. Bila dah dewasa Lovelia bekerja di Empress Jewels. Dia sangat rapat dengan Conrad Alperos (peguam). Lovelia kemudian bercinta dengan Jerry. Roel pula dengan Agatha. Jerry dan Agatha ni jahat dan punya rancangan untuk rampas harta. Conrad cuba menasihati Lovelia dan Roel tapi tak dipeduli. Lovelia kehilangan kandungannya dan sedih bila kena tinggal serumah dengan Agatha dan Roel. Roel akhirnya tahu hubungan Agatha dan Jerry. Dia kemudian ditemui mati dan Conrad pula di tangkap. Selepas itu, Lovelia mula balas dendam dan Conrad yang bantu dia untuk dapatkan semula apa yang dah dirampas. Akhirnya Jerry dan Agatha mati.

Akin Pa Rin Ang Bukas (Perfect Vengeance)


5 comments:

Anonymous said...

Cerita ni best, mesti tengok. Nice share tapi ape jadi dgn mak roel? Hurmmm...

bz the witch said...

tq..sy pun minat cerita ni tp sejak minggu lepas, kerja melambak...xde masa tgok.

Anonymous said...

a'a lah..saya pun tertanya2 dengan mak roel..

Anonymous said...

Mak roel insaf dan dah berbaik dengan lovelia..selepas kematian.agatha dan jerry.☺

Anonymous said...

Cane pulak ngan anak Agatha?