Wednesday, August 10, 2011

terkenang-kenang

hari ni masuk hari ke 10 sudah umat islam berpuasa. aktiviti macam biasa mengadap kerja yang bertimbun2...kalau ikutkan hati rasa mahu undur dari buat semua kerja2 ni tapi bila fikir tentang duit dan amanah orang, kuatkan juga hati ini selesaikan semua kerja2 yang diamanahkan.

awal pagi lagi sudah teringat pula kenangan masa kecil di lahad datu. masa tu kami ramai2 tengok rumah yang baru siap di hujung kawasan perumahan tempat kami tinggal tu. rumah baru tu, di buat di hujung, ada 3 buah semuanya. rindunya saat tu...paling ingat masa tengok2 bilik dalam rumah tu.

teringat juga makcik si akob yang tinggal di rumah hujung (pertama), makcik ni kerja di office. aku suka lalu depan rumah ni sebab ada bunga yang cantik. tak silap nama bunga tu 'telinga tikus' dan warna unggu. rumahnya juga banyak bunga ekor kucing. rindu sangat masa tu....

No comments: