Wednesday, August 31, 2011

2 syawal 2011



hari ni dah 2 syawal...lewat sikit bangun sebab rasa badan letih dan lenguh2. hari ni plan buat satu jenis biskut untuk tambah hidangan yang ada. biskut yang paling mudah...biskut minyak sapi yang bersalut dengan nestum susu. aku tak pasti sangat nama kuih ni. dulu, mula2 aku belajar, biskut ni tak letak apa2 pun...disebut biskut minyak sapi. lepas tu, ada pula yang ajar salut dengan horlicks dan nestum kisar. masa ni orang sebut namanya biskut horlicks. ni lagi diubah suai salut dengan nestum susu (yang warna biru-bayi punya)..nama pun tukar jadi biskut susu!

apa2 pun namanya, biskut ni tetap sedap aku rasa. cuma kali ni aku tak makan banyak sebab tekak aku tak berapa sihat, macam nak kena batuk bila2 masa je. terpaksalah tahan2 je keinginan tu. hari ni ramai pula tamu yang datang. kejap2 hidang air...sampai kuih yang aku buat pun asyik terbantut je pembikinannya. hari tu juga my dad datang dr kampung. tp tengah hari tu dah pulang balik.

petangnya, lebih kurang 5.30 tengah siap2 ngam pula my auntie ruby datang dengan family. riuh kejap rumah coz my cousin memang jenis yang bising tapi memang meriahlah. lepas je dorang pulang, terus mandi dan siap2 nak balik kampung lagi. malam ni ada kenduri di rumah nenek. terlambat sebab tetamu masih ada yang baru datang. so, terpaksa tinggalkan je dengan my sis je yang layan sebab dia tak ikut balik ke kampung.

kalau ikut rasa malas juga nak ikut sebab kemarin kan dah balik sana tapi sebab kenduri, lagipun tak mahu nenek berjauh hati (biasalah orang tua kan sangat2 sensitif). sebab kalang-kabut masa nak ke kampung, camera pun lupa bawa! jadi memang tak ada sesi bergambarlah di kampung untuk tahun ni. next year akan ada...panjang umur, insyaAllah.

lewat malam, dekat pukul 11 baru balik rumah. sampai rumah dah 12 malam pun....rasa hotFM sebab balik rumah tengok dapur sangat2 bertabur. gelas, kuih semua bertempiaran atas meja. kuih pun tak tutup balangnya! betul2 tambah stress aku malam tu. sempat juga aku bebel my sis yang malas kemas sebelum tinggalkan rumah tadi. tapi macam biasa lah, bagai mencurah air ke daun keladi. baik aku cakap dengan kucing lagi bagus!

ceritanya, dengan rasa hotFM tu lah aku kemas dapur dengan sekemas2nya. hampir 3.30am baru kerja semua habis. lepas tu apa lagi? zzzz lah.

p/s lagu yang saya kepilkan bersama entry ni, antara lagu raya yang aku suka. layan je...

No comments: