Tuesday, January 27, 2015

Yehhh! Akhirnya Dapat Peluk BIMBO Dan GET

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎. 


Edit : Yg nak baca sinopsis  penuh Bimbo klik kat SINI

Assalamualaikum? Holla, blog!

Akhirnya...saya dapat juga lengkapkan koleksi novel RIN AHMAD. Happy sangat-sangat hari ni. Lepas beli ARLUNA dan USD kat KK hari tu, dua lagi novel Rin Ahmad yang saya beli online minggu lepas sampai. Dua novel ni baru aje saya dapat pagi tadi, alhamdulillah selamat sampai order saya dengan KN.

Saya beli online sebab kat Sandakan ni susah nak cari novel. Kedai buku kat sini kecil2 aje. Banyak novel yang saya nak beli tapi tak ada. Sebab itulah saya lebih suka beli online.

Hari tu pergi GIANT, ada pula nampak satu gerai kat luar jual barangan alat solek dan tudung. Lepas tu ada selit jual novel tapi ciput aje novelnya, tak banyak pilihan. Kebanyakan novel dia jual tu yang pernah dan memang dah diadaptasi jadi drama. Termasuk novel yang lama-lama. Sedih saya tengok. Nak aje saya sarankan tuan gerai tu order novel ni, order novel tu dan bagitahu novelis2 fames dan novel meletop yang lain tapi tak dibuat drama. Maksud saya novel bestseller. Tapi takut pula tuan gerai tu fikir saya ni penyibuk! Entah2 kalau saya cakap, mesti dalam hati dia...'banyak cakap makcik ni, dah la tak beli novel aku jual...blahlah makcik!'

Hehe...memang saya nak blah dah pun. Lepas ni nak siapkan semua kerja yang memang patut saya siapkan hari ni. Lepas tu nak baca novel Bimbo. Eh, bukan baca Gadis Edisi Terhad dulu sebab tu yang keluar dulu sebelum Bimbo. Ok, bye...


Saturday, January 24, 2015

Novel Untuk Semua Dosaku ~ Rin Ahmad

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

 Novel Untuk Semua Dosaku ~ Rin Ahmad

Assalamulaikum? Hallo, blog!

Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini novel pertama yang saya baca dalam tahun 2015. Saya teruja habis dapat beli novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini. Lepas baca Arluna, saya memang jatuh cinta dengan style penulisan Rin Ahmad. Nak cari novel dia yang lain Edisi Gadis Terhad dan Bimbo. Sementara belum dapat dua novel tu, saya baca cerita2 di blog Rin Ahmad aje. Best2 ceritanya...

Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad mengisahkan tentang Nur Lisa dan Syed Azri yang belajar di Jerman. Dorang ni bergaul sangat bebas. Tinggal serumah lagi tapi takdelah tidur bersama pun. Tapi sangat mesra alamlah sebab bf-gf kan. Masa kat sana, mereka terlibat dengan arak, ganja, xanax, rokok dan macam2 lagilah. Tapi lepas Nur Lisa jumpa Lydia, dia terus sedar dan berubah. Tapi Syed Azri ni ego tak suka Nur Lisa berubah. Kerana ego, dia lepaskan Nur Lisa dengan jalan hidup baru itu.

Lepas beberapa tahun, mereka jumpa semula dan kahwin. Tu pun sebab Nur Lili yang buat cerita, lepas jumpa gambar2 Nur Lisa dengan Syed Azri yang dah macam suami isteri masa di Jerman dulu. Nur Lili buat semua ni sebab tak nak Nur Lisa berbaik dengan Tengku Akhbar. Nur Lili cinta habis dengan Tengku Akhbar sampai sanggup kenakan kakak sendiri. Banyak juga konflik awal perkahwinan mereka, lagipun Syed Azri masih tak berubah dan insaf. Tapi hujung2 nak habis novel ni, dia akhirnya insaf juga. Semuanya atas kesedaran sendiri dan usaha Nur Lisa.

Best sangat Novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ni. Saya suka Syed Azri dan Nur Lisa. Selain tu, Saya suku novel ni sebab penulis banyak selit ayat2 yang buat hati saya terdetik untuk turut sama  insaf. Malah ada juga selit tentang dosa2 yang bf-gf buat masa bercinta, takkan hapus hanya dengan ikatan perkahwinan. Bukan papa Nur Lisa dan Ariana saja yang salah konsep tapi di luar sana lagi ramai yang bersangka macam tu. 

Semua dosa setiap hamba akan gugur dan diampunkan oleh ALLAH sekiranya dia bertaubat dan ALLAH menerima taubatnya. Bukan semudah, dah berzina jom kahwin. Titik. Salah, sebab kalau dah kahwin, lagi banyak cabaran dan dugaan. Semudah menghulurkan segelas air kepada suami untuk ke syurga dan semudah menolak permintaan suami untuk tergelincir ke neraka. m/s 472

Kalau seseorang itu dibukan hatinya untuk berubah ke jalan ALLAH, maka akan dihantar juga orang yang baik untuk mendampingi seseorang yang sedang berusaha menjadi baik kerana ALLAH itu. m/s 473

"Buatlah apa aje asalkan niat kita kerana ALLAh dan untuk mendekatkan diri kita dengan ALLAH."

"Kalau nak beli kapal terbang untuk menerokai dunia seandainya dengan cara itu dapat mendekatkan diri dengan ALLAH, maka belilah."
m/s 570

Dua nasihat Syed Gilani untuk Syed Azri...saya suka dua nasihat ni. Sebenarnya banyak petikan ayat yang saya suka dan cukup bermakna dalam novel ni. Tapi takkanlah semua saya nak taip balik. Penat saya. Kalau nak tahu lebih banyak lagi, sila beli novel Untuk Semua Dosaku-Rin Ahmad ini. Ok, bye.

Saturday, January 17, 2015

Novel My Indo Chick-Marissa

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Novel My Indo Chick-Marissa

Assalamulaikum? Holla blog!

Ini novel ketiga yang saya baca tahun ni. Ambik masa yang lama untuk habiskannya. Padahal, novel ni taklah tebal mana pun. Selalu novel nipis macam ni tak sampai sehari dah habis. Tapi ni ambik masa berhari2 pula. 

Sebenarnya saya hilang mood nak baca novel ni sampai habis. Entah, saya rasa novel ni tak best. Tajuknya dah cantik, tambah cover pun pemandangan yang cantik...tapi ceritanya kurang best. Menyesal pula ambil buku ni masa jualan di 1B hari tu. Padahal saya dah ambil novel Seseorang Untuk Dinikahi-Ratu Bulan, tapi nampak novel Marissa ni saya terus letak novel si Ratu Bulan tu. Saya pilih novel Marissa ni sebab sebelum ni saya ada baca novel dia YANG MANIS. Best novel tu, simple aje ceritanya tapi best sangat. Sebab tu saya beli My Indo Chick dengan rasa yang teruja...mesti best.

Tapi bila baca, terus kecewa. Dah lama nama heroin pun Indah, hero pula Gibran. Hurmmm...tambah hilang feel. Tapi saya gigih juga habiskan novel ni. Nasib ada seorang lagi hero yang nama RAY. Saya baca sampai habis sebab suka RAY aje. Dia kacak dan rambut panjang. Jadi terbayanglah mamat hensem dan rugged. 

Ini sinopsis yang saya copy paste dari blog KAKI NOVEL

RAY jejaka tampan yang sudah bertahkta dalam hati Indah Natasya sejak mula, sering saja membuatkan kepala Indah serabut dengan kerenahnya yang selamba dan sedikit angkuh. Tapi disebabkan sayang, Indah pendamkan saja. Mahu diapakan lagi? Nasib badanlah… Siapa suruh gatal bercinta dengan lelaki kerabat diraja itu?
“Awak tak takut ke kalau-kalau ada artis yang berkenan kat saya? Manalah tahukan…” - INDAH NATASYA
“Awak, tak ada artis yang berkenan kat awak tu. Kalau adapun, sah artis tu hilang skru. Percayalah, selain saya, tak ada siapa yang sanggup ambil awak jadi kekasih.”- RAY
“Tapi awak jangan menyesal nanti.” - INDAH NATASYA
“Jangan nak perasan lebih-lebih. Tengok cermin dulu kalau masih tak sedar diri. Lawak betullah awak ni.” - RAY
Namun kehadiran Gibran Alias, seorang pengurus artis membuatkan pandangan Indah Natasya tentang lelaki dan cinta berubah sama sekali. Rupa-rupanya ada yang lebih istimewa daripada Ray.
“Nama saya Gibran Alias. Umur saya 30 tahun. Saya pengurus artis syarikat Prime Rekod. Dan saya handsome orangnya.” - GIBRAN ALIAS
Aduhai, serius tak boleh blah mamat ni. Suka buat Indah ketawa, suka buat perasaan Indah berbunga-bunga. Tetapi hati Indah hanya ada satu. Mana boleh dilapah jadi dua? Dan satu-satunya hati itu mahu diserahkan kepada siapa? Kepada Ray yang bajet bagus itu atau kepada Gibran yang ala-ala kadar saja? Entahlah…
   

Tuesday, January 6, 2015

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamulaikum? Holla, blog!

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil novel ke 2 yang saya baca untuk tahun 2015. Saya mula baca beberapa hari yang lepas tapi baru semalam dapat habiskannya. Saya kena buat kerja lain, tak bolehlah asyik baca novel aje, kan. Ok, saya malas nak cakap benda lain, saya cuma nak cakap yang saya suka Encik Han! Dan saya juga suka Encik Onn!!!

Hehe...saya sebenarnya tak pernah baca novel2 karya Syamnuriezmil. Ini kali pertama tapi sebelum ini saya pernah follow fanpage dia dan pernah terbaca sedikit teaser novel PA Untuk Dia- Syamnuriezmil. Tapi saya ingatkan tu cuma cerpen. Masa jumpa buku ini di Times hari tu, terus tengok sinopsis di belakang. Onn dan Han...terus ingat teaser yang saya baca dulu. Tanpa buang masa, terus aje beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. 

Saya follow fp penulis ini dan pernah juga baca blog dia di wordpress tapi lepas saya tutup fb, dah tak follow lagi. Blog dia pun saya lupa bookmark. Nanti lepas ini nak cari balik blog dia. Masa kat Harris ada juga jumpa buku dia ini tapi lupa tajuk apa. Saya tak beli sebab tengok sinopsis macam kahwin paksa. Saya dah jemu baca novel kahwin paksa...nak novel yang KAHWIN RELA aje hehe.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini mengisahkan tentang Yara yang bekerja sebagai PA kepada Encik Han. Sebelum ini dia PA ayah Encik Han. Mula-mula Encik Han ini memang menjengkilkan tapi lama-lama buat orang melting pulak. Dalam masa yang sama Yara berkawan dengan Onn, pemilik kedai kopi tempat Yara selalu beli kopi dan teh untuk bosnya. Onn dah lama usha Yara, setahun dia letak nombor telefon di cawan yang dia sediakan untuk Yara setiap pagi. Hanya lepas jumpa Onn di majlis kahwin mak su dia, barulah Yara kawan dengan Onn. Onn masa tu jadi pengapit suami mak su Yara. 

Yara kemudian booking diri dia untuk Onn. Semua ini sebab Yara tahu yang Encik Han tipu dia. Yara ada buat perjanjian, kalau Cik D terima lamaran Encik Han, Yara kena ikut ke Kalimantan. Family Yara yakin yang Encik Han sebenarnya suka Yara. Sebab tu sanggup tipu agar Yara ikut ke Kalimantan. Di sana hubungan dorang jadi rapat. Encik Han sedarkan Yara yang dia sebenarnya tak cintakan Onn pun. 

Masa nak balik ke Malaysia, Encik Han suruh Yara taipkan luahan hati dia. Encik Han cakap, Yara taip. Encik Han dah lama suka Yara, setahun yang lalu juga. Baru dengar nama Yara, dia dah suka Yara. Dah kenal Yara, lagilah dia makin suka. Encik Han sangat selesa dengan Yara. Dia solat istihkara 3 malam berturut2, wajah Yara yang muncul dalam mimpi dia. Dia cintakan Yara. Lepas tu Encik Han suruh Yara print apa yang dia taip tu dan simpan dalam file. Sampai hotel Yara nangis.

Masa tu dia dah sedar dia memang sukakan Encik Han bukan Onn. Dia cuba cintakan Onn tapi rasa itu langsung tak ada. Dia terjanji pada Onn pun sebab Encik Han selalu kata Yara tipu diri sendiri. Paksa suka Onn dan bagi harapan palsu pada Onn. Masa nak naik flight pulang Malaysia. Yara tekad dan berterus-terang pada Encik Han yang dia terima cinta Encik Han. Siap bagi Encik Han cincin lagi. Cincin tu sepasang, satu Yara pakai.

Yara janji akan berterus-terang dengan Onn tapi keluar dari balai berlepas, Onn siap bagi kejutan. Dia lamar Yara. Masa tu Yara dah nak tolak tapi sebab masa tu ramai sangat orang tengok dan tentulah semua orang yang ada kat situ berharap Yara terima lamaran Onn itu. Encik Han pun cakap pada Yara, terima saja lamaran tu dan jangan malukan Onn. Encik Han faham macam mana lamaran kena tolak sebab tu dia rasa Yara harus terima. Nak pula dikhalayak ramai. Sudahnya Yara terima dan Encik Han terus beredar dari situ.

Yara nak tunang dah dengan Onn tapi dia sebenarnya cintakan Encik Han yang tak tunjuk muka lepas di airport itu. Yara sedih, bos dia pun dah tahu hal tu. Bos dia (ayah Encik Han) sangat2 sporting. Yara tak jadi tunang, Onn datang malam sebelum tu dan serahkan cincin tunang pada Yara. Onn kata, Encik Han yang sepatutnya dengan Yara. Onn nampak cincin yang Encik Han pakai tu sama dengan yang Yara pakai. Dia tahu dan faham yang Encik Han selayaknya dapat Yara. 

Yara kemudian nak mulakan kehidupan baru. Nak lupakan kisah cintanya yang sedih itu. Dia minta ditukarkan di Johor. Hari pertama daftar diri dengan bos baru, Yara memang berdebar tapi dia kuatkan semangat. Tempat baru, bos baru dan semangat baru...tup2 

"How fast can you type, Yara?"
"Encik Han?"
"You look...beautiful, more than usual." Dan dia senyum menyenget.
Glup!!!

Nak tahu apa yang Encik Han minta Yara taip kali kedua tu? Haa..kau kenalah beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini dan tengok muka surat 441-443. Dalam luahan tu juga, Encik Han ada cerita yang Onn jumpa dia dan tanya 'Yara ada 6 senyumankan?' Encik Han kata, tak Yara cuma ada 5 jenis senyuman. Then Onn terus cakap, Encik Han yang patut jaga Yara. 

Ok sebenarnya masa bertengkar-tengkar tu Encik Han ada cakap Yara ada 5 jenis senyuman. Yara sendiri tak sangka yang Encik Han begitu kenali dirinya. Masa dekat2 nak tunang dengan Onn dulu, Yara ada tanya Onn, yara ada berapa jenis ketawa. Onn jawap 1 aje.

Novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil  ini memang best sangat...banyak part saya suka dan buat saya senyum sendiri. Yara memang mulut tak tahu diam...nasiblah Encik Han sabar je melayan. Ada satu part tu saya ketawa, muka surat 343...

Apabila di dalam kereta, dia tersengguk-sengguk. Manalah tak mengantuk kalau malam kerjanya berjoli saja. Setiap kali kepala dia bersandar atas bahu aku, setiap kali itu juga aku tolak kepalanya ke arah lain. Kadang-kadang tertolak sampai terhantuk pada cermin. Lepas tu, Encik Han akan terjaga, terkejut sendiri. Masa tu, aku dah gelak guling-guling...Tapi dalam hatilah.

Jahat Yara, padahal dia selalu je tertidur dan sedap-sedap bersandar di dada Encik Han tapi Encik Han tak berkira pun. Yara memang sempoi...kelakar ya juga sebab selalu cakap Encik Han tu kambing!!!!!  Tapi dalam hatilah. 

Dalam saya rasa novel ni sangat sweet, sikit2 juga ada selit part sedih...semalam baca saya sempat nangis masa Encik Han luahkan isihati, yara taip tu...dan masa Onn dan Yara tak jadi tunang tu. Sedihnya, kesian dengan Onn. Jujurnya, mula baca cerita ni saya memang harap sangat Yara dengan Onn. Tapi makin lama baca, makin suka pula dengan Encik Han...tu yang saya rasa sedih. Saya memang cepat aje nangis kalau baca part yang sedih. Mungkin bagi orang lain part tu biasa aje tapi tak bagi saya. Mungkin juga sebab terlalu menghayati babak tu, kan.

Jangan lupa beli novel PA Untuk Dia-Syamnuriezmil ini. Best...tak rugi beli. Saya tabik habis dengan novelis ini, part lamar dan luah hati tu...mana saja dia dapat idea tu? Hehe...ok, mungkin cara Onn tu pernah orang buat (tapi saya memang tak pernah nampak lagi) tapi part luah hati dan minta maaf cara Encik Han tu memang rasanya tak pernah lagi dibuat orang. Kelakar je...bos luah perasan dan si PA tolong taip 

Lepas ini, nak cari novel2 Syamnuriezmil pula. Lepas Anis Ayuni, Kriesya Reisya, Rose Harissa, Farah Hussain, Anna Lee, Ratu Bulan, Rin Ahmad dan sekarang Syamnuriezmil pula. Makin bertambah novelis yang saya suka. Makin bertambahlah juga novel yang saya kena beli lepas ni... Oh Nyah, kopek duit Mak!


Tanjung Aru 2nd Beach

Assalamualaikum? Holla, blog!























Biar gambar yang berbicara. Malas nak taip apa. Saya cuma nak kata saya suka pantai dan tak pernah jemu duduk tepi pantai. Saya selalu berangan nak rumah tepi pantai. Seronok, hari2 nampak laut dan dengar bunyi desiran ombak. Ok, bye.

Friday, January 2, 2015

Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamualaikum? Holla, blog!

Hari kedua di tahun baru 2015. Semalam (1 Januari), keluar pi Kk. Destinasi asal Suria Sabah. Tapi tak jadi terus pergi 1Borneo pula. Sampai sana, saya macam biasalah, pergi kedai buku. Padahal baru 27 Dec tu pun saya ke sana dan jenguk kedai buku yang ada di 1B tu. Saja je masuk, mana tahu ada novel baru atau stok novel lama baru sampai. Tapi hampa...Times dan Harris takde pun buku baru. Saya sebenarnya nak cari novel Rin Ahmad yang tajuknya Bimbo tapi sedih, belum ada jual kat sini lagi. Kalau tak jumpa, novel dia yang lama pun jadilah. Tapi jangankan yang baru, novel lama dia pun tak jumpa juga.

Lepas baca Arluna, saya terus ketagih nak baca karya Rin Ahmad. Kenapalah saya lambat tahu ada novelis yang best dan super duper best macam dia ni? Kalau tak...tentu tak susah2 saya cari novel2 lama dia. Arluna tu pun asaya tahu sebab follow fp Rose Harissa. Sebelumnya puas cari di Eatons dan POPULAR di Centre Point tapi tak jumpa pun. Balik2 jumpa Arluna aje. Tapi semalam tu, masa nak pulang dah singgah jap di pameran dan jualan buku POPULAR di 1B tu, tak sangka pula terjumpa novel Rin Ahmad, Untuk Semua Dosaku. Happy terus saya bila tengok buku tu. Padahal masa tu saya dah nak pergi kaunter bayar buku Terukir cinta-Anna Lee dan Seseorang Untuk Dinikahi-Ratu Bulan. Tup-tup ternampak pula buku Rin Ahmad tu...tersembunyi sikit sebab buku lain bertingkat2 tingginya sedangkan novel USD cuma tinggal 3 buah je...

Alhamdulillah, ALLAH bagi saya nampak buku tu...sebelum tu dah beberapa kali tengok semua buku bahagian tu. Syukur padaNYA. Lepas dapat buku terus tak jadi beli novel Ratu Bulan. Novel Anna Lee pun ganti dengan novel Marissa. Ikutkan hati nak beli je semua tapi macam biasalah...kena ingat duit dalam wallet. Takpelah...nanti tunggu POPULAR buat pameran jualan di Sandakan pula. Nanti boleh beli banyak2 buku, insyaALLAH.

Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo

Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo

Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo

 Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo

Gambar-gambar kat bawah ni, tempat dorang buat aktiviti...macam belajar mengait. Kat sini juga tempat penulis jumpa peminat. Nak tandatangan semua. Saya lupa siapa novelis yang datang masa tu (novelis wanita). Saya tengok dari jauh je. Nama ada tulis kat belakang tu tapi lupa betul siapa. Ramlee Awang Murshid aje saya ingat sebab kat banner pameran tu, muka RAM. Haruslah dia ada sebab orang Sabah, kan.
 
sesi tandatangan




 
 Pameran Dan Jualan Buku POPULAR Di 1Borneo

Thursday, January 1, 2015

Selamat Tahun Baru 2015

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim‎.

Assalamualaikum? Holla, blog!

Alhamdulillah, syukur padaNYA yang maha kuasa dan maha penyayang. Disampaikan umur dan merasai hari baru di tahun baru ini. Terima kasih ya ALLAH...



sumber : google