Love you mr. Arrogant~Alisha Kirana
Aku tak sangka novel ni di adaptasi jadi drama untuk slot akasia. masa aku baca, tidak terfikir pun novel ni menarik. pada aku nampak sangat watak Zaara Amirah ni over sangat digambarkan oleh penulis. Eh, sorry pada penulisnya. Tapi tu la yang aku rasa masa baca cerita ni. Macam bidan terjun je terus dapat jumpa Zafriel dan bapa mentua pula terus terfikir Zaara tu girlfriend anak dia. Di situ yang aku rasa sangatlah tidak lojik.
Tapi di sudut lain, aku rasa novel ni bagus. Kalau tak bagus takkan diadaptasi jadi drama, kan? Kena pula untuk slot akasia. Novel ni juga karya pertama penulis. Jadi memang ok la untuk buah tangan pertama. Cuma cover novel ni memang tak menarik langsung! Macam cover buka cerita kanak-kanak!
Drama love you mr. Arrogant di slot akasia tu, aku tengok satu episod je...dalam babak yang Zaara baru kahwin dengan Zafriel. Masa tu zaara pusing2 dalam bilik tengok semua benda2 yang ada dalam bilik tu. Lepas tu mereka gaduh kejap sampai mak mertua dia sibuk nak tahu apa yang bising2 tu. Nasib baik bapa mertua zaara tu ok je. Lepas tu aku tak pernah tengok lagi. entah dah habis ke belum drama tu.
Masa aku publish entry tentang aku baca novel ni ( klik
SINI ), aku tak buat sinopsisnya sebab masa tu aku baca 3 novel jadi otak pun serabut, bercampur baur cerita yang aku ingat. Tu yang buat aku malas nak buat reviewnya. Tapi kali ni aku buat, lepas belek2 kejap novel ni.
Tapiiiiiiiiiiiiii aku buat untuk hujung2 novel, selalu kan orang buat sinopsis berpandukan cerita di awal novel. Apa salahnya aku buat berkisar dari tengah atau dekat2 bab yang terakhir.
Ok sinopsis akhir novel love you mr. Arrogant ~ di majlis perkahwinan Irham dan Sherry, Tan Sri Zahir bagitau dekat Irham yang mama dia sebenarnya tak sakit. dia tipu irham sebab nak anaknya tu kahwin dengan sherry. lepas tu tan sri pun bagi idea agar irham cabut sebelum tok kadi sampai. so, irham pun lari tinggalkan majlis tu, dia bawa zaara sekali. mereka pergi ke penang dan duduk di hotel batu ferringhi. masa di sana zaara jumpa dengan safiya.
lepas tu mereka pulang ke rumah. puan sri di hospital masuk icu sebab strok, sebahagian tubuhnya lumpuh. irham menyalahkan dirinya atas kejadian yang menimpah mamanya. melalui hardy, zaara tahu yang safiya tu bekas kekasih irham. zaara pula dah hamil tapi puan sri masih benci dia. zaara berjanji dia akan jaga puan sri sampai sembuh lepas tu baru dia pergi jauh dari kehidupan irham.
puan sri pun dah ok, irham gembira. zaara kemudian minta irham jumpa dia di restoran, irham ingat nak sambut ulang tahun perkahwinan pertama dorang. tapi sampai sana safiya pula yang ada. dia bagi surat yang zaara suruh bagi dekat irham. zaara izinkan irham kembali pada safiya! tapi irham tak mahu pun sebab dah lupakan safiya.
balik rumah irham bagitahu semua yang zaara dah pergi. puan sri pun bagitahu la yang dia sebabkan zaara lari. kan dorang pernah janji kalau puan sri dah sihat, zaara akan keluar dari rumah tu. masa ni puan sri dah sedar dengan kejahatannya. zaara sebenarnya balik rumah mak bapa dia. tapi irham tak jumpa pun...sebab mak bapa zaara dah berpakat pun. dalam masa yang sama mak bapa zaara gembira sebab bakal dapat cucu.
sseminggu berlalu, syarikat terabai sebab irham tak fokus pada kerja. atas nasihat hardy, irham pun ambil cuti dan cari zaara. masa dia datang rumah mak bapa zaara, irham ada cerita yang mamanya sakit sejak zaara pergi. mama dia pun dah insaf. zaara dengar dari bilik je masa tu. lepas irham pulang baru dia keluar bilik dan dengar nasihat mak dia. zaara pun berniat la pulang ke rumah irham.
masa nak ke sana, faizal culik dia. bapa zaara pula bagitahu pada irham, zaara dah pulang ke rumah irham. irahm pelik sebab zaara tak muncul2 pun. polis report pun dah buat, tak lama lepas tu irham dapat sms dari zaara, dia minta cerai. irham lama fikir2 then dia pun minta jumpa dengan zaara. sebenarnya irham dah tahu zaara kena culik.
Faisal sebenarnya nak balas dendam pada Irham. Dia mahu Zaara minta cerai, kalau Irham tak ceraikan Zaara dia akan tembak Irham. mereka pun jumpa di belakang lorong...Zaara yang takut Irham ditembak mendesak berkali2 agar Irham ceraikan dia. Tapi irham tak peduli pun sampai Faisal lepaskan tembakan tapi tak sempat sebab dia pula yang rebah. Polis dah tembak dia dulu. Ini pun atas jasa baik Hardy yang bawa polis untuk ekori Irham.
Lepas tu, Irham pun luahlah isihatinya yang sebenar yang dia cintakan Zaara. Puan Sri pun dah layan Zaara dengan baik. masa ni zaara tengah mengandung. Fiz pula bakal berkahwin dengan Hardy. The End....