aku terbaca di blog iluvislam, cara merawat penyakit hati. sesuai sangat sebab aku rasa hati aku sejak akhir2 ini sangat s.a.k.i.t... memang harus aku praktikkan sebelum hati semakin s.a.k.i.t dan semakin m.a.t.i. ada 18 cara semuanya...
1. mentarbiah hati supaya mencintai ALLAH SWT dengan sedalam2nya
2. membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud ayat2 al-quran
3. mendekatkan diri pada ALLAH SWT dengan amalan2 sunat
4. khusyuk dalam solat
5. memperbanyakan zikir dan memohon ampun kepada ALLAH SWT
6. melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada ALLAH SWT dan mengharapkan keredaan-NYA
7. melakukan amal dan ibadah berdasarkan perintah ALLAH dan rasul
8. beriktikad dengan akidah yang betul
9. sentiasa melakukan muhasabah diri
10. memperuntukkan masa bagi ALLAH menerusi penggarapan ilmu2 agama
11. memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya sepertiga malam
12. tunduk dan kusyuk kepada ALLAH SWT dalam segenap tinddakan dan perbuatan
13. memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi ALLAH SWT
14. menundukkan penglihatan kepada perkara2 yang diharamkan
15. suka menziarah kubur dan ingat mati
16. sentiasa bersyukur dan reda kepada ALLAH SWT atas segala nikmat yang dikurniakan
17. suka membantu anak2 yatim dan bermesra dengan mereka
18. suka bersahabat dan duduk dengan orang2 yang soleh yang boleh dijadikan teladan
Wednesday, January 16, 2013
Saturday, January 12, 2013
Novel Yang Terindah-Anis Ayuni
Novel Yang Terindah-Anis Ayuni
Assalamulaikum? Holla, blog!
Pertama sekali saya nak sentuh tentang cover novel Yang Terindah ini. Simple tapi masih nampak menarik. Saya suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover yang guna gambar manusia. Oh ya, walaupun cover novel ini nampak ringkas sahaja tapi isi dalam novel ini cukup padat dan menarik. Novel Yang Terindah ini novel kedua Anis Ayuni selepas novel Suara Hati.
Pertama sekali saya nak sentuh tentang cover novel Yang Terindah ini. Simple tapi masih nampak menarik. Saya suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover yang guna gambar manusia. Oh ya, walaupun cover novel ini nampak ringkas sahaja tapi isi dalam novel ini cukup padat dan menarik. Novel Yang Terindah ini novel kedua Anis Ayuni selepas novel Suara Hati.
Novel Yang Terindah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Elly yang tinggal di Estate Bukit Beringin bersama atuk dan ibunya. Elly rapat dengan keluarga tuan Zufri terutamanya Diana dan abang Zahari. Kebaikan mereka membuat Elly melupakan kekurangan dalam hidupnya.
Elly kemudian berpindah dan melanjutkan pelajaran di KL tapi hubungannya dengan abang Zahari masih berterusan. Abang Zahari tempat Elly meluahkan segalanya. Masalah cinta, putus cinta dan sebagainya. Abang Zahari banyak menasihati dan membantu Elly melupakan kesedihannya.
Elly kemudian berpindah dan melanjutkan pelajaran di KL tapi hubungannya dengan abang Zahari masih berterusan. Abang Zahari tempat Elly meluahkan segalanya. Masalah cinta, putus cinta dan sebagainya. Abang Zahari banyak menasihati dan membantu Elly melupakan kesedihannya.
Abang Zahari kemudian melamar dia. Elly terkejut sebab selama ini cuma menganggap abang Zahari sebagai seorang abang. Elly juga melarang abang Zahari dari menemuinya selagi perasaan cinta itu ada dalam hati lelaki itu. Abang Zahari pun akur dan tak muncul depan Elly lagi.
Elly kemudian kenal dengan pak usu melalui Wan Zakiah. Lelaki itu sebenarnya ayah kandung Elly. Dia hilang ingatan waktu kemalangan. Bila dia sedar ibu dan Elly sudah berpindah. Keluarga ayah Elly tak tahu pun yang ayah Elly sudah berkahwin. Ayah dan ibu Elly akhirnya berbaik semula.
Elly mula keliru dengan perasaannya pada abang Zahari. Sejak dulu lelaki itu memang sering tunjuk sikap ambil berat dan sukanya pada Elly. Tapi Elly tak peduli sebab takut salah faham. Abang Zahari kemalangan dan hilang ingatan. Elly sedih sebab lelaki itu tak kenal dia. Elly juga cemburu sebab Dr Hazlin selalu datang melawat abang Zahari di hospital.
Bla bla bla...ending Elly dengan abang Zahari juga. Sebenarnya lelaki tu memang dah lama suka dengan Elly sejak di Bukit Beringin lagi. Malah dia pernah suruh mak dia pinang Elly masa itu. Nasib baiklah, akhirnya mereka berjodoh juga.
Kalau belum ada novel Yang Terindah-Anis Ayuni ini, cepat2lah pergi cari di bookstore. Tak rugi beli sebab ceritanya best sangat. Kalau yang nak tahu suasana duduk etate, bacalah novel ini. K, bye.
Elly mula keliru dengan perasaannya pada abang Zahari. Sejak dulu lelaki itu memang sering tunjuk sikap ambil berat dan sukanya pada Elly. Tapi Elly tak peduli sebab takut salah faham. Abang Zahari kemalangan dan hilang ingatan. Elly sedih sebab lelaki itu tak kenal dia. Elly juga cemburu sebab Dr Hazlin selalu datang melawat abang Zahari di hospital.
Bla bla bla...ending Elly dengan abang Zahari juga. Sebenarnya lelaki tu memang dah lama suka dengan Elly sejak di Bukit Beringin lagi. Malah dia pernah suruh mak dia pinang Elly masa itu. Nasib baiklah, akhirnya mereka berjodoh juga.
Kalau belum ada novel Yang Terindah-Anis Ayuni ini, cepat2lah pergi cari di bookstore. Tak rugi beli sebab ceritanya best sangat. Kalau yang nak tahu suasana duduk etate, bacalah novel ini. K, bye.
Friday, January 11, 2013
sayap ayam madu di kundasang
ramai yang suka makan sayap ayam terutamanya yang dijual di pasar malam. aku pun suka juga makan tapi kalau sedaplah. dulu, aku rasa sayap ayam yang dijual di pasar malam atau pasar ramadhan sedap betul rasanya. tapi sekarang macam hambar aje rasanya. patutnya harga makin mahal makinlah sedap, kan. ini makin mahal makin tak sedap pula. kadang tu sayap ayam sedap, sosnya pula kurang kaw-kaw. sos sedap, sayap ayam pula rasa semacam. susahnya nak cari tempat makan sayap ayam yang sedap dekat2 sini.
aku paling suka kalau pergi kundasang. bukan sebab pemandangan di sana cantik dan sejuk aje...tapi sebab ada gerai jual sayap ayam yang sedap di situ. ramai orang singgah situ mesti nak makan sayap madu yang sedap tu. aku memang suka sayap ayam madu di gerai tu. rasanya tak sama dengan sayap2 madu yang dijual di tempat lain. kalau di sini, aku makan banyak pun tak rasa mual, tak tahulah kenapa.
mungkin juga sebab cuaca sejuk jadi makan yang panas2 tambahlah selera, kan. lagi pun sambil makan layan jugalah pemandangan cantik di sekitar kawasan tu. oh, selain sayap ayam...buntut ayam pun banyak jual di gerai ni. tapi aku tak makan buntut. kulit ayam pun aku tak makan, ni kan pula mau makan buntut!
masa ni kabus, tak nampak gunung kinabalu
sayap ayam madu di kundasang
pemandangan dari depan restoran
sayap ayam madu di kundasang
tu yang berasap2 tu la gerai sayap ayam tu
sayap ayam madu di kundasang
inilah sayap ayam madu yang sedap tu
Tuesday, January 8, 2013
Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa
Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa
Assalamualaikum? Holla, blog!
Masih tentang novel lama yang pernah saya baca dulu. Novel Diari Seorang Guru terbitan Alaf21. Penulisnya S.Hawa. Tak pastilah kalau penulis ni masih aktif menulis sebab saya dah lama tak beli novel2 baru. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni berkisar tentang cikgu Kamalia yang baru memulakan tugasnya sebagai guru di sebuah sekolah yang dekat dengan kampungnya di negeri Sabah.
Di sana dia bertemu dengan cikgu Azhar, seorang guru yang baik dan sering membantunya. Sebelum kedatangan Kamalia, cikgu Rozita sangat rapat dengan cikgu Azhar (sebenarnya cikgu Rozita sangat menyukai cikgu Azhar). Di rumah pula, Kamalia sering berhadapan dengan masalah kak Jam yang sudah berpisah dengan abang Joe. Mereka berpisah kerana fitnah dan Kamalia berusaha untuk menyatukan mereka semula.
Sebenarnya Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni jenis catatan diari (tengok tajuk pun sudah tau....), jadi dalam tu macam2lah kisah sedih, gembira, lucu yang ada dalam setiap catatan. paling seronok masa Kamalia mula2 mengajar...macam2 kisah lucu terjadi. Lagi kisah yang lucu masa Kamalia tinggal di asrama dan berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai ragam. Novel Diari Seorang Guru-S.Hawa ni memang best, cuma saya yang tak pandai sangat nak ceritakan semula. Novel ini juga antara novel alaf21 yang terawal saya beli. Ok, bye.
sengal punya ending!
sumber : google
semalam aku tak sabar2 nak tengok ending drama 'terlanjur cinta' di tv9 tu. ingatkan bestlah endingnya...terbayang fareth dan nia akan bersama memulakan hidup baru. tp realitinya? adoiii...jauh betul dari apa yang aku bayangkan. betul2 biul punya ending!
kenapalah erma suka betul buat ending drama tak best macam tu? macam takde idea jak. buang masa betul aku tengok dari episod pertama. paling aku menyampah drama ni sengaja jak ambik pelakon2 yang muka lawa bagi orang suka tengok drama tu. lepas tu hidangkan penonton dengan ending yang entah apa2 tu. macam takde idea langsung jak. tapi aku rasa memang dia tiada idea pun...tu pasal ending drama ni hancur habis!
teringat deejavu kinabalu hari tu...pelakon pun semua sama dengan terlanjur cinta ni. tu lagi ending biul dan tersangatlah paluinya. sudahlah bab ganti jantung tu betul2 tak lojik langsung (sedap2 jak tukar bila pesakit nak jantung lain lagi...haktuiii ketaralah palui betul). lepas tu boleh pula minta penonton tentukan endingnya dengan pilih siapa hero yang patut dapat heroin...hero yang banyak undian, tu la yg menang. tu lagi betul2 tak tahan, bagus jangan buat drama kalau tiada idea mahu tamatkan cerita tu!
telemovie bayangan rindu tu tak silap aku erma juga yang buat. harapnya tiadalah dia ubah2 ending cerita tu pula. aku sebenarnya tak kisahlah kalau satu2 drama tu berakhir dengan kesedihan. kehidupan memang macam tu ada suka duka. cuma aku hangin betul tengok ending yang sedih (macam terlanjur cinta tu) lepas tu macam tak masuk akal. ahhh...cakap banyak pun tak guna...baik aku ingatkan diri sendiri agar tak tengok drama2 erma fatima lagi. cukup2lah dua kali dibiul2kan dengan 2 ending drama yang hancur tu! takkan ada yang ketiga lagi!
Monday, January 7, 2013
Yuna - Terukir Di Bintang (Unofficial MTV With Lyrics)
sumber : yutube
semalam aku tengok juara lagu 27, lagu yuna yang menang. aku memang tak sangka pula sbb yuna tak bertanding semalam. aizat yg bawa lagu ni tp ok la sbb aizat bawa style lelaki paris yg kasanova gitu hahaha. aku suka lagu ni sejak mula dengar dulu. memang yuna seorang yang sangat2 banyak tuah.
semalam juara lagu tu ok jugalah...aku suka semua keputusan. hafiz pun memang terbaik juga...mantap. sama macam black juga...sedap jak lagu mereka bawa dan nampak kemas tak serabut. stacy pula ok juga cuma suara macam tak berapa jelas, muzik mcm kuat. tak sedap aku dengar. aku hangin betul tengok mojo...entah apa2 jak, rock la konon2nya tp mcm orang melalak tak tahu punca! adoiii sakit telinga dgr! klu mau jerit ala2 rock pi belajar dengan otai2 rock dulu..!
tersebut rock...semalam kan ada amy search, ingat lagunya dengan hazama tu bolehlah juga menang. tapi tiada hal2 pun. tapi memang bestlah persembahan dorg...bertenaga cuma tu la muzik telampau kuat, sesekali suara penyanyi tenggelam. masa tunggu keputusan juri ada pula otai2 rock buat persembahan. caya aku papa ramli sarip dengan rahmat mega...masih mantap, lagi2 rahmat mega...wah! suara tetap rock..walaupun usia sdh meningkat. cayalah...kalau ada rock2 ni mesti semua org mcm layan habis...apa pun otai2 rock semalam memang terangkat habislah. lain kali panggil semua rockers kasi himpun satu pentas baru la meletup habis!
Sunday, January 6, 2013
Novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni
Novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni
Assalamualaikum? Holla, blog!
Siapa pernah baca novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni? Best tak? Mestilah best sebab Anis Ayuni yang tulis. Sejak dulu saya memang peminat karya Anis Ayuni. Semua novel dia best dan meninggalkan kesan mendalam dalam diri saya. Ok, berbalik tentang novel Seribu Kali Sayang-Anis Ayuni ini, ianya mengisahkan tentang Abby yang kurang disukai oleh Lisa (kakak kandung dia sendiri). Abby kemudian rapat dengan Faiz salah seorang teman lelaki Lisa. Abby kesiankan Faiz yang selalu disisihkan oleh Lisa.
Bila Abby sudah habis belajar, Faiz dtg merisik. Abby dan family sgt terkejut mereka ingatkn dia merisik Lisa rupa2nya merisik Abby. Lisa sgt marah dan tuduh mcm2 pd Abby. Family Abby tak kisah sbb mereka memang suka pd Faiz dan sudah lama tahu yg Faiz sukakan Abby. Lagi pun Lisa ramai teman lelaki dan selama ini dia tak pernah melayan Faiz sbg teman lelakinya.
Abby terima Faiz dan berkahwin, Lisa pula sakit. Sebenarnya Faiz sendiri cuma anggap Lisa sbg teman biasa saja. Cuma Lisa marah waktu Faiz merisik Abby sbb waktu itu dia disahkan menghidap lukiemia. Dia terasa Abby sangat bertuah dari dirinya. Tanpa pengetahuan Lisa, Abby dermakan sumsum tulang utk selamatkan Lisa. Akhirnya Lisa sedar dan berbaik dengan Abby. Ibubapa mereka yg terpisah bertahun2 lamanya akhirnya dapat bersama juga.
Banyak juga babak yang best2 dalam novel Seribu Kali Sayang ini terutamanya masa Abby dan Faiz mula2 kenal. Novel ini juga banyak berkisar dan berlatar belakangkan Kota Sumatera Barat. Banyak pekan2 kecil yang menjadi tumpuan pelancong diceritakan dalam novel ini.
Gambar kat kulit novel tu saya tampal dgn gmbr barbie dress kuning sbb saya tak suka model dalam cover novel tu!!! Lupa nak cakap dalam novel ni Anis Ayuni kata hero tu macam Sheikh Muzaffar, angkasawan negara. Ok, pada peminat novel jangan lupa beli novel ini sebab ceritanya best.
Saturday, January 5, 2013
Novel Seharum Kasih Eina Emir
Novel Seharum Kasih-Eina Emir
Ini novel seharum kasih karya Eina Emir. Bukan novel baru...dah lama novel ni (2004). Tapi saya suka sangat novel Seharum Kasih-Eina Emir ni. Suka heronya dan suka covernya novel yang cantik tu. Novel Seharum Kasih-Eina Emir ini mengisahkan tentang Rasya dan Reeza yang bermula dengan perkenalan di telefon. Reeza memang dah jatuh hati dengan Rasya dalam telefon lagi. Mereka kemudian bertemu di majlis perkahwinan Tengku Maria@TM dan Ardi. Sejak itu mereka bertambah mesra.
Dalam masa yang sama Fahmi menyukai Rasya. Waktu temankan Reeza di satu majlis, Ardi datang menemui Rasya dan menceritakan keburukan Reeza. Ardi berpisah dengan isterinya pun sebab isterinya itu mengandung anak Reeza. Tanpa usul periksa, Rasya yang terlalu takut ditinggalkan oleh Reeza bertindak memutuskan hubungan mereka. Puas Reeza bertanya apa salahnya dan dia sangat kecewa dengan perbuatan Rasya itu.
Rasya yang kecewa terus setuju bertunang dengan Fahmi. Lepas tu secara tak sengaja dia bertemu dengan bekas isteri Ardi. Semua cerita pun terbongkar, Reeza tak salah apa2 pun. Ardi yang sengaja fitnah sebab dia marahkan Reeza. Sebelum mereka kahwin TM memang sukakan Reeza. Itu yang buat Ardi dendam pada Reeza. Rasya sangat bersalah dan meminta maaf pada Reeza. Dia bercadang untuk putuskan pertunangannya dengan Fahmi. Saat Reeza yakin yang Rasya memilihnya, dia mendapat undangan perkahwinan Rasya dan Fahmi. Reeza sangat2 kecewa dan hilang arah hidup.
Setahun kemudian, Reeza bertemu dengan Rasya di Dubai. perasaannya kembali terusik tapi dia tahu Rasya isteri orang untuk mengubat hatinya Reeza bertunang dengan Hilda anak kenalan ibubapanya. Dia bertemu dengan TM dan dari TM dia tahu yang Rasya sudah bercerai. Reeza kemudian datang ke kg Rasya dan di sana dia bertemu dengan Farhana bekas teman serumah Tasya. Dari Farhana dia tahu kisah Rasya kahwin cuma 2 minggu saja kemudian menamatkan perkahwinannya.
Reeza cuba mendapatkan Rasya semula dan mengajak Rasya berkahwin. Rasya tak mahu kehilangan Reeza lagi. Jadi dia bersetuju untuk kahwin biarpun dia tahu Reeza sudah ada tunang. Tapi akhirnya semua masalah dapat diatasi, Hilda mengundur diri lagipun dia cuma anggap Reeza sebagai abangnya saja. happy ending.
First time baca novel ni dalam media hiburan. Baca bab awal2 terus rasa tertarik sangat. Suka dengan kisah Reeza mengayat Rasya dalam telefon.
Ok, bye.
Tuesday, January 1, 2013
happy new year 2013
yehhh...selamat tahun baru. mesti semua orang happy kan dengan kedatangan 2013. harap2 tahun baru ini menjanjikan beribu kebaikan untuk kita semua. hope juga malaysia akan terus aman dan harmoni.
Subscribe to:
Posts (Atom)