Thursday, November 27, 2014

socotra pulau terpelik di dunia

 socotra pulau terpelik di dunia

Dah lama aku tak buat entry pasal benda, tempat atau apa2 saja yang berbentuk info. Tadi kebetulan menggoogle, terjumpa pula tentang pulau Socotra ni. Terus baca tentang pulau ni di beberapa blog. Ni, aku mau kongsi dengan kau...manalah tahu kau nak tahukan. Bagus juga info-info macam ni dapat menambah pengetahuan kita. 

Jujurnya aku ni memang ketinggalan dan kurang pengetahuan sikit...hehe...ni pun baru tahu ada pulau pelik macam pulau Socotra tu. Pulau ni digelar juga sebagai pulau alien sebab tumbuhan dan makhluk yang hidup di pulau ni, sangat aneh bentuknya dan tak ditemui di mana2 tempat lain di dunia. Pulau Socotra ni sangat indah tapi tak disentuh oleh dunia luar. Hinggalah UNESCO menganugerahkan pulau Socotra ini sebagai salah satu lokasi tapak warisan dunia.

socotra pulau terpelik di dunia

Banyak teori mengatakan pulau Socotra ni tempat dajjal pernah di penjara pada masa lampau sebelum akhirnya bebas dan mengharungi samudera menuju Segitiga Bermuda. Pulau Socotra ni terletak 400 km dari Republik Yaman. Lebih 825 spesis tanaman unik di pulau Socotra ini. 90% reptilia dan 95% siput yang hidup di sini tak dijumpai di mana pun di seluruh dunia. Menurut saintis, ratusan juta tahun yang lalu (era miocena) Socotra terpisah dari benua Gondwana dan menjadi pulau. Hal itu menyebabkan tanaman di pulau Socotra yang seluas 3665 km persegi tersebut tak tersebar luas ke benua utama.

Asalnya, Socotra adalah sebuah wilayah yang terdiri daripada 4 pulau. Socotra adalah yang paling besar. Tahun 1511, Socotra dibawah kekuasaan kesultanan Mahra. Tahun 1867, ia bergabung dengan wilayah naungan Inggeris. Pada tahun 1967, kesultanan Mahra tak berkuasa lagi dan Socotra bergabung dengan Yaman Selatan. Hinggalah 1990an Yaman bersatu menjadi Republik Yaman. Pulau Socotra mula dikenali setelah saintis meneliti tumbuh-tumbuhan di sana dan menjadi destinasi pelancongan yang unik di Yaman.

 Dragon Tree / Pohon Naga (Dracaena Cinnabari)
Inilah tanaman yang paling menarik perhatian di Socotra: Dragon Tree atau Pohon Naga. Disebut demikian kerana pokok yang berbentuk seperti payung ini mempunyai getah berwarna merah yang oleh penduduk setempat dipercayai berasal dari Naga zaman dahulu kala. Penduduk tempatan menggunakan getah pokok ini untuk merawat penyakit dan sebagai bahan pewarna.


Socotra Dessert Tree / Bottle Tree (Adenium Obesum var Socotranum)
Tumbuhan yang unik ini menjadi daya tarik kedua pulau Socotra kerana bentuk fizikalnya yang gemuk dan bulat. Penduduk setempat bahkan menamakannya Pohon Botol (Bottle Tree). Pohon Botol ini boleh berbunga, dan bunganya berwarna pink yang cantik.
 


 socotra pulau terpelik di dunia


 socotra pulau terpelik di dunia


Antara fauna yang cantik tapi aneh, ada spesis burung endemik seperti Socotra Starling Onychognathus Frater, Socotra Sunbird Nectarinia balfouri, socotra sparrow passer insularis dan grosbeak socotra rhynchostruthus socotraus. Ada juga burung penyanyi socotra, incana-incana. Kelawar adalah satu2nya mamalia asli pulau Socotra. Pulau ini juga memiliki spesis endemik batu karang.



socotra pulau terpelik di dunia

              http://billyinfo.blogspot.com

Jom Terjah Blog Rose Harissa - A Blog To Remember

As'salamualaikum? Holla, blog!

Kali ni saya nak cerita banyak pasal blog penulis novel Rose Harissa (Nora Ismail). Dia ada dua blog, satu di wordpress dan satu lagi di blogspot. Ramai juga blog novelis yang saya follow. Salah satunya dia nilah, Rose Harissa. Saya suka pergi blog dia untuk baca entry dia sambil tengok-tengok lukisan dia. Serius saya kagum dengan Rose Harissa ni. Sangat berbakat dalam bidang seni lukis.

*ex-UTM Skudai (Architecture)
*former ITF (1st Dan)
*ex-Designer / Art metal (1999-2007)
*APO? Magazine (writer + illustrator) - 2003 — current
*freelance designer + autho

Kalau korang suka baca cerita ala-ala macam e-novel, boleh baca A Blog To Remember yang kat wordpress. Ada beberapa cerita yang dia share kat situ...Rindu Itu Cinta, Raid Arjuna, Arsalan dan cerita yang paling meletop, A Kiss Before You Go. Saya cakap A Kiss Before You Go tu cerita meletop sebab, gara-gara cerita ni Rose Harissa pindahkan karya dia dari blogspot ke wordpress. Katanya ada orang yang tak bertanggungjawab cedok ideanya. Hmm...tak hairanlah, sekarang ni memang ramai pun orang yang suka ambik jalan pintas curi idea penulis lain dan jadikan cerita sendiri! Memalukan sangat...curi idea orang ni, samalah juga macam curi hasil titik peluh orang lain!

 Blog Rose Harissa di wordpress

Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

Semua cerita tu (Rindu Itu Cinta, Arsalan, Raid Arjuna dan A kiss Before You Go) tak habis pun lagi. Baru beberapa bab ada dalam blog. Biasa cerita yang banyak pengikut macam ni, akan jadi novel juga akhirnya. Saya suka cerita Rindu Itu Cinta...suka watak Al-Hadi dan Nissa. Harapnya akan dapat jadi novel juga satu hari nanti. Rose Harissa gambarkan Al itu Fatah Amin. Kenal Fatah Amin tu siapa? Saya tak minat pun mamat tu tapi sebab dalam blog Rose Harissa tu, muka dia dilukis cantik-cantik. Jadi nampaklah dia macho dan menarik. Sebenarnya tingkah-laku dan keperihatian watak Al tu yang buat cerita ini sangat menarik. Sayangnya dah lama cerita ni tak disambung.

blog Rose Harissa di blogspot

Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

A kiss Before You Go pun sangatlah bestnya...hari tu Rose Harissa bagi sampai 20 bab. Tapi lepas masalah idea kena curi, Rose Harissa terus tutup cerita tu. Katanya A Kiss Before You Go akan diteruskan untuk jadi novel. Hari tu baca kat fp Rose Harissa, cerita tu dah nak habis dia buat tapi mungkin ada masalah untuk menerbitkannya. Novel tu banyak isu tentang anak haram dan masalah pengunaan ubat anti stress. Mungkin sebab tu susah editor nak lepas untuk pasaran. 

Entah tak faham saya, padahal dalam cerita tu rasanya sangat banyak pengajarannya dan beberapa info tentang hal-hal kesihatan. Biasalah kalau ada selit part yang nakal-nakal sikit tu pun tak nampak sangat dan semuanya sebab nak pembaca lebih faham masalah si watak tu. Kalau nak kata ada unsur lucah, banyak je novel melayu sekarang ni yang selit kisah-kisah romantik hero dan heroinnya. Boleh aje lepas pun. Tapi kenapa cerita yang ada pengajaran dan ilmu macam A kiss Before You Go tu boleh aje orang kritik? Belum pun jadi novel lagi dah banyak rintangan pula.


Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember
Jom terjah blog Rose Harissa - A Blog To Remember

Saya bukannya kenal pun Rose Harissa ni, cuma peminat dia dari jauh aje. Tapi bila baca luahan hati dia di fp dia, rasa kesian sangat. Rasa macam ada orang tertentu yang nak sekat dia dari menghasilkan novel! Cuaklah juga kalau A Kiss Before You Go tu tak jadi nak dibuat novel macam Guy Next Door. Tapi saya harap jadilah juga, edisi terhad pun takpe...janji dapat peluk dan baca novel A Kiss Before You Go tu. Ada lagi cerita baru Rose Harissa dia kongsi di fp dia...lupa pula tajuk dia. Tapi watak2nya terdiri dari Zaim, Amyra, Sara, Leo dan Haidar. Best juga.

Salah satu sebab kenapa cerita Rose Harissa Best dan menarik sebab dia akan sediakan rupa dan heroin dalam setiap cerita dia. Selalu dia lukislah....tu yang best. Suka sangat tengok hasil kerjanya. Kalau kau nak tengok, sila pergi ke blog dia atau fan page dia.

ini aje gambar saya
 Lain2 kat atas tu semua ambik dari blog Rose Harissa

                 http://roseharissa.blogspot.com
                 http://romanfiksi.wordpress.com

Tuesday, November 25, 2014

Ini Blog Yang Aku Suka Baca~part1


Ini Blog Yang Aku Suka Baca~part1

Assalamulaikum...kau rajin tak baca blog orang? Banyak tak blog kau follow? Yang follow blog kau pula ramai tak? Kenapa aku tanya? Owh...saja je nak tanya sebab aku pun suka juga baca blog orang lain. Sebab utama kenapa aku ada blog ialah terpengaruh dengan blog2 yang selalu aku baca tu. Aku tengok best saja dorang tu buat entry lepas tu berpuluh2 orang baca dan komen. Jadi aku pun buatlah juga blog ni. Tapi aku taklah pula berharap berpuluh2 orang datang blog aku ni. Aku sedarlah, aku ni cuma pemblog biasa saja. Yang buat blog untuk kepuasan diri sendiri saja. Tempat untuk meluah perasaan, tempat luah pendapat yang tak ada siapa yang nak dengar, tempat simpan kenangan (macam arkiblah kononnya), bla...bla...bla... Blog suka2, aku tulis aku baca! 

Awal2 pembabitan aku pada blog...adalah beberapa blog yang aku suka sangat baca. Ada satu blog tu milik orang Brunei Myra namanya. Suka sangat baca blognya. Banyak entry tentang kehidupannya sehari-hari. Tapi lepas tu blog dia tutup. Google punya google jumpa balik blog dia tapi blog baru yang cuma ada beberapa entry dan sampai sekarang tak update lagi. Mungkin dah berhenti jadi pemblog. Lepas tu aku suka pula baca blog si Lolly LuvFareda tapi sama juga, dah lama dia tak update.

 Blog Myra

Blog Lolly Luvfareda

Sekarang ni, aku dah jarang jalan2 gi blog orang. Bukan takde masa surf internet...sentiasa. Tapi selalu mengada fb aje. Tak pun wassap 24jam! Gilaksss! Tapi kadang kalau rajin, aku terjah juga beberapa blog yang aku follow sejak dulu lagi. Macam kak jee punya blog...aku suka sebab dia banyak cerita susah senangnya menjadi wartawan dan anak seni dulu. Lepas tu blog dia banyak masakan dan resipi. Aku suka tengok gambar2 masakan dia tu cantik sampai liur aku hampir2 meleleh dari celah bibir ala2 Angelina Jolie ini. Suami  kGee tu jurufoto kalau kau nak tahu. Itulah semua gambar masakan dalam blognya tu cantik sangat.

 Blog Kak Jee

Blog Kak Jee

Ada lagi blog yang aku suka, blog si Diana Ishak. Hehe...memang sempoi habis bahasa di blognya tu. Aku suka sebab dia jenis cakap terang2. Tak sembunyi2...dan tak hipokrit. Banyak saja info dan pengajaran yang aku dapat baca dari entry2nya. Nampak dia macam santai aje tulis satu2 isu tapi sebenarnya ada pengajaran dalam tu. Ada sesuatu yang bermaanfaat boleh kita sedut dari cerita-cerita kehidupannya. Entri2 masa pergi umrah tu, adalah entry yang aku suka baca. Rasa macam aku yang pergi mengadap kaabah sampai tak malu2 aku menangis mengadap lappy!

 Blog Diana Ishak

Blog Diana Ishak

Blog Coretan Perantau Di London pun aku suka juga. Penulisnya  Long Haffiz. Aku follow blog ni dari 2009. Zaman dia belajar di London dan sampailah sekarang dia dah kerja. Suka sangat blognya sebab dia rajin kongsi kisah2 dia masa belajar dulu...kongsi gambar2 dan cerita masa melancong di Eropah. Suka semangatnya, anak melayu yang berjaya.

 Blog Long Haffiz


Blog Long Haffiz

Ada beberapa lagi blog aku suka dan follow yang aku suka baca. Sebetulnya aku banyak follow blog yang best2. Blog orang yang follow aku pun wajib aku follow walaupun masa untuk melawat blog mereka tu jarang aku buat hehe... Blog aku follow lebih 200 lebih...tapi aku tak letak kat tepi tu. Dulu ada letak list...tapi lepas tukar background terpadam pula. Nanti next entry, aku cerita lagi beberapa blog yang rajin aku baca.

credit to:  http://www.longhaffiz.com
              http://www.dianaishak.com/
              http://www.dapurkakjee.com/
              http://lollylurveff.blogspot.com/
              http://fuchsiame.blogspot.com/


Friday, November 21, 2014

Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni

 Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni
SEGALAnya sudah tertulis di atas lantai takdir. Tujuh tahun Irman Mirza dan Insyirah Hayati terpisah dek tujuh lautan dalam yang tidak bertepi. Selama waktu itu hati masing-masing menggelisah dan dendam rindu yang tidak terperi. Irman hidup dalam teka-teki. Insyirah masih bersekolah lagi. Masakan dia memaksa gadis itu menerima cintanya? Akhirnya, masa berlalu begitu sahaja sehingga mereka dipertemukan dalam masing-masing menginjak dewasa. Ketika itu, Insyirah pula seolah-olah bermain tarik tali. Antara mahu terima dan tidak. Akhirnya, keputusan telah dibuat. Irman adalah jodoh buatnya.

Assalamualaikum? Hallo, blog!

Salam Jumaat...penghulu segala hari dan hari raya mingguan. Banyakkan berdoa kerana hari jumaat ada satu masa yang sangat mustajab...doa akan diperkenankan...dengan izinNYA. Tapi waktu tepatnya hanya DIA yang maha mengetahui. Jadi banyakkan berdoa sepanjang hari jumaat. Err...tertazkirah pula pagi2 ini. Takpe takzirah untuk diri sendiri juga.

Sebenarnya saya nak cakap tentang novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni. Ini novel terbaru Anis Ayuni. Saya beli masa cuti bulan Mei 2014. Sebenarnya saya tak tahu pun Anis Ayuni ada novel baru. Masa pergi Eatons, jumpa pulak novel ini. Saya terus beli sebab saya memang minat sangat dengan novel-novel Anis Ayuni. Semua novel Anis Ayuni saya  dah beli kecuali Novel Cinta Yang Kurasa. Saya cari di kedai buku tapi tak jumpa. Novel lama memang susah nak jumpa.

Ok, berbalik dengan novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, mula2 saya nak cakap tentang cover novel ini. Ringkas aje tapi cukup cantik dan menarik. Saya memang cukup suka cover yang ringkas macam ini berbanding cover novel yang menggunakan model manusia. Tengok tajuk novel ini, saya ingatkan kisahnya ada kaitan dengan negara Latin. Bukan apa 'pandora' itu ada bunyi macam Latin sikit. Tapi lepas baca baru tahu pandora itu rupanya gelang! Oh! Betapa kurangnya pengetahuan saya ini! 😸😸😸

Novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni mengisahkan tentang Insyirah yang masih sekolah. Nak ambik SPM lagi. Dia ni ada abang tapi study kat luar negara. Bapa Syira mengidap kanser dan di rawat di hospital. salah seorang doktor yang merawatnya Dr Mirza. Dari situ bermulalah cinta dalam diam-diam. Dr Mirza yang mula jatuh cinta dengan Syira. Siap tolong Syira dalam pelajaran lagi. Walaupun masa tu dia tak cukup tidur. Hehe...terbaiklah Dr Mirza.

Mak Syira pula buat hal, ada skandal dengan lelaki kat office dia. Syira ini kesian sangat tapi dia sangat matang. Mak dia kahwin juga dengan boyfriend dia tu. Masa bapa dia dah tenat barulah abang dia pulang. Syira dah lama nak cakap pun tapi bapa dia tak benarkan takut study abang dia tu terganggu. Masa ayah dia tu pergi, Syira SPM tapi sempat juga dia pergi jenguk.

Syira kemudian belajar di Rusia. Balik jadi doktor dan satu hospital dengan Dr Mirza. Mereka kembali menjadi rapat. Lagipun Dr Mirza memang dah lama suka dengan Insyirah. Lebih kurang macam itulah jalan cerita novel ini. Kalau nak tahu lebih lagi, cepatlah dapatkan novel ini.

Komen saya, novel ini best cuma sedikit bosan bila ceritanya agak mendatar aje. Tak ada naik bukit, lurus aje. Kalau nak banding dengan novel Bayangan Rindu, Gemersik Kalbu atau Suara Hati, novel ini agak ketinggalan dan kurang perasa. Ada masanya saya rasa bosan baca kisah Insyirah dan keluarga dia. Mungkin sebab kisah Dr Mirza tak berapa banyak. Itu yang saya rasa bosan sikit. Tapi secara keseluruhan novel ini memang tak menghampakan.  

Novel ini juga sedikit berbeza sebab isu kekeluargaan lebih ditonjolkan berbanding cinta. Hampir separuh dari keseluruhan novel ini tentang Insyirah yang menjaga ayah dia. Dia sangat tabah dan matang. Dalam novel ini juga, ada selit bahasa Rusia. Ada satu babak dimana, Insyirah dan Dr Mirza memeriksa pesakit. Masa itu, Dr Mirza dan Insyirah asyik membahas soal hati mereka dalam bahasa Rusia. Tiba-tiba pesakit tu menyampuk dalam bahasa Rusia juga. Dr Mirza dan Insyirah tercengang dan termalu. Rupanya pesakit tu pernah tinggal di Rusia itu yang tahu cakap Rusia. Lagi satu bahasa dalam novel ni sangatlah kemas. Cara penceritaan pun sangat2 kemas. Oklah, korang yang nak beli novel Pandora Buat Insyirah-Anis Ayuni ini, silalah beli dan jadikan koleksi. K, bye.

P/S~ masa baca novel ini saya terbayang Dr. Miza tu macam Dr Hong dalam drama Korea Wonderful Mama. 

Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin

Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin

Assalamualaikum? Holla, blog!

Baru2 ini saya baca novel Saya Rindu Awak-Kay Erin (saya pinjam novel kazen sebelah rumah). Masa mula2 tengok novel Saya Rindu Awak-kay Erin ini saya dah rasa novel ini mesti tak best dan mesti membosankan sebab karya penulis baru. Saya ada masalah sikit dengan novel karya penulis baru, susah nak suka. Mungkin sebab dah biasa baca novel2 karya penulis lama macam Anis Ayuni, Dhiya Zafira, Rose Harissa...tu yang dah serasi sampai karya penulis baru, agak susah nak kena dengan selera saya.

Tapi orang kata, tak kenal maka tak cinta. Hah! Itulah yang terjadi, Saya jatuh cinta dengan novel Saya Rindu Awak-Kay Erin. Sebenarnya bab awal2 lagi, waktu Khairil kali pertama jumpa Dib lagi saya dah rasa best dan teruja nak baca sampai bab akhir. Banyak dialog yang mencuit hati...monolog yang buat saya gelak sorang2 pun banyak juga. Terutama monolog Khairil yang kemaruk habis dengan si Dib tu. Lagi satu saya suka novel Saya Rindu Awak-Kay Erin sebab nama penulis ni cantik KAY ERIN. Saya suka nama KAY, ringkas saja sebutan dan ERIN...mengingatkan saya pada kumpulan RES2 (Baby Erin). Sebab tu saya suka nama penulis ini.

Ok, novel Saya Rindu Awak-Kay Erin ini mengisahkan tentang Adibah Anis Sofea yang cantik, comel dan manja. Dia ni anak manja jadi kurang tahu buat kerja rumah. Masak pun tak tahu. Tapi bila duduk dengan nenek saudaranya, dia mula belajar buat kerja rumah. Dia duduk rumah Hajah Bie untuk temankan orang tua itu. Khairil cucu Hajah Bie, kali pertama jumpa Adibah, dia terus jatuh cinta. Lepas tu rajinlah dia jenguk nenek dia tu. Lama-lama duduk balik di rumah nenek dia tu. Sebelum ini dia dah pindah rumah sendiri. Hajah Bie suka aje kalau Khairil berjodoh dengan Adibah.

Hajah Mona pula nak jodohkan Adibah dengan Zackwan sedangkan Zackwan dah ada Syazira. Adibah tolak mentah2. Zackwan pun sebab dia dah anggap Adibah tu macam adik dia. Merekakan sepupu, rapat lagi. Zackwan kemudia bertunang juga dengan Syazira tapi lepas tu Syazira terbunuh dalam kemalangan. Hajah Mona dan ibu Zackwan tetap nak kahwinkan Zackwan dengan Adibah.

Dalam masa yang sama, Khairil dah bercinta dengan Adibah. Adibah dah dapat kerja di Langkawi. Maisarah kawan sekerja Khairil pula kacau daun. Sampai datang Langkawi untuk minta Adibah lupakan Khairil. Tapi endingnya, Khairil dapat bersama juga dengan Adibah. Macam tulah lebih kurang ceritanya. Korang yang suka novel, silalah dapatkan Novel Saya Rindu Awak-Kay Erin  ini. Tak rugi beli tau.

Monday, November 10, 2014

Firman juara AF2014

Firman juara AF2014

Assalamulaikum? Hola, blog!

Gila. Macam tak percaya aje Firman juara AF2014. Tapi tulah kenyataannya baru sejam tadi dia dinobatkan sebagai juara AF2014. Haha...cayalah Firman. Tak sangka betullah sebab saingan kan kuat dari Ewal. Sejak AF ni mula episod pertama lagi dah nampak kesungguhan Firman dalam nyanyian. Tapi masa tu memang tak jangkalah Firman akan jadi juara. Dari minggu ke minggu dia memang best tapi undian tak berapa nak cantik. 

Tu sebab tak terfikir pun Firman juara AF2014. Persembahan Firman yang pertama tu (kejoraku bersatu) memang meletop habis. Orang asyik bising bersorak. Maklumlah lagu rock...harus semua orang suka dan tahu nyanyi. Masa tu baru terasa dia ada aura juara. Tapi memang masih rasa dia cuma dapat no.2 atau 3. Saya dah jangka Ewal atau Nuha yang jadi juara. Tapi tup2 Ewal pula no.3 dan Nuha no.4.

Masa ni memang yakin habislah Firman juara AF2014. Pandai aje FBI buat lawak...pemenangnya...dua calon ada man di hujung nama. Hehe....akhirnya sebut juga nama Firman. Memang happy walaupun saya tak mengundi. Cayalah sekali lagi Sabahan yang menang AF selepas Stacy dan Faizul. Hidup Sabah! Hehe...

Owh Aman yang tak tersangka boleh je dapat tempat kedua. Pasal tak jadikan juara je? Hehe...sebenarnya dari awal2 muka Aman nilah yang agak corot dan diharap tersingkir. Tiap minggu harap nama dia disebut tersingkir tapi langsung tak. Tunggu dan tunggu sampai konsert 9 pun tak out lagi. Rupanya sampai juga konsert akhir naib juara pula tu. Padahal persembahan dia tadi langsung tak best pun. Tapi mungkin dah rezeki dia tertulis...naib juara. Redha jelah...

Kesian pula dengan Ewal...padahal penyokong paling ramai. Paling kurang pun dapat no.2 belakang Firman. Tak sangka no.3 pula. Patutnya undian tadi tak perlu tunjuk, biar orang undi aje tanpa tahu siapa tempat terbawah. Ikut undian tu Aman yang last. Tapi sebab nampak Aman last, tu yang penyokong dia upkan undian dia sampai hampir2 jadi juara. Nasib baiklah ramai juga yang undi Firman...kalau tak, dah sah Aman juaranya.

Tadi nampak Zarif. Kesian dekat dia. Saya suka Zarif...tapi sayang takde rezeki kat AF. Dia rapat dengan Firman. Tu yang buat saya minat dia selain suara dan muka dia tu. Apa-apa pun Firman dah jadi juara AF2014...cakap banyak dan komplen itu ini pun dah tak guna sebab AF dah habis pun.


Friday, November 7, 2014

Pameran di UMS Kampus Sandakan

Baru2 ni berlangsung pameran di UMS cawangan Sandakan sempena sambutan hari peladang, penternak dan nelayan peringkat Sabah. Majlis tu dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan berlangsung selama 4 hari. Macam2 pameran ada dan aktiviti pun banyak. Tapi paling banyak gerai makananlah.