بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم / Bismillahirrahmanirrahim.
Review dan Sinopsis novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha
Assalamualaikum? Hallo, blog!
Kemarin (isnin) saya dah dapat novel kombo september terbitan Idea Kreatif. Beli secara pos. Dua novel tu Pergi Tanpa Alasan dan Yang Bernama Cinta. Dua2 karya Hani Fazuha...bos IKP sendiri. Bestkan jadi bos, boleh terbit novel bila2 masa aje. Rasa nak buka syarikat penerbitan novel aje lepas ni. Hahaha...berangan...
Novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni, saya start baca petang semalam terus baca sampai habis dekat 11 malam habis. Henti2lah juga sebab kena buat kerja lain juga. Apa saya nak cakap tentang novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni? Banyak sangat... Tapi pertama sekali saya nak cakap tentang cover novel ini. Cantikkan? Kertas novel ni pun macam kertas novel Inggeris. Warna hitam tu sangat menonjol. Memang cantik, saya suka tengok.
Untuk pengetahuan korang, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni special edition. Jadi kalau nak beli order dengan IKP secepat mungkin. Nanti stok habis. Kalau nak tunggu cetak semula, lambat lagi agaknya. Harga novel ni RM 31 (harga sabah sarawak). West RM 28. Tapi sebab saya beli kombo jadi harga RM73.
Review dan Sinopsis novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha
Ini muka surat pertama novel tu. Dah ada tandatangan tapi bukan ori...cetak punya. Hampa juga ingatkan dapat tandatangan original. Tapi takpelah, saya pun bukan kisah sangat. Ada ke tak, janji novel selamat sampai dan saya dapat baca. Lagipun saya lagi fikirkan isi buku dari hal-hal yang remeh ni.
Ok, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni mengisahkan tentang Hazril dan Hani. Sejak kecil duduk berjiran di kampung. Masa sekolah, Hani ni syok habis dengan Hazril. Tapi Hazril tak suka pun. Dia couple dengan Nurlily. Ada satu insiden, Hazril jumpa gambar dia dalam buku Hani. Hazril pun canang dalam kelas. Lepas tu hal tu tersebar satu sekolah. Hani malu dan sejak tu dia tanam kebencian pada Hazril.
Hazril kemudian lanjutkan pelajaran di oversea dan kerja kat sana. Lepas umur dah 29 tahun balik Malaysia, masa datang rumah Hani dia nampak Hani cantik dan berbeza dari dulu. Dia terus jatuh cinta. Lepas tu mulalah dia pikat Hani. Hani mula2 elak tapi lama2 sukalah pula. Mereka kemudian kahwin senyap-senyap. Hazril pula kena pinang oleh bapa si Nurlily, skandal lama dia dulu.
Apa yang jadi lepas tu? Hehe...korang kena beli novel nilah.
Review aku tentang novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha: Bagi sayalah novel ni santai aje ceritanya. Hani Fazuha pun kata cerita ni biasa2 aje. Betullah tu sebab kisahnya cuma cinta antara Hani dan Hazril aje. Macam selalu aku tak berapa suka heroin dalam mana2 novel (SEBAB AKU JELES hero kacak tergila2kan dia hehe...) gitu jugalah dengan Hani ni... sebab kena malu macam tu pun terus simpan benci dengan Hazril. Tapi benci dia tu macam hangat2 tahi ayam aje. monolog dalaman bukan main berapi2...tak suka Hazril konon. Cakap dengan Hazril pun bukan main macam gengster. Tapi lepas tu lentuk aje dek godaan Hazril.
Paling tak suka bab Hani layan si Syed tu. Dah tahu gatal boleh pula dia pergi parti rumah lelaki tu dengan kebaya. Insiden nak kena rompak tu macam tak drama sangat. Mula2 kena ganggu lelaki mabuk lepas tu, Syed pun nak ambil kesempatan dengan dia. Lepas tu sambung lagi kena rompak. Nasib baik tak kena rogol oleh pemandu teksi jahanam tu. Ingatkan si Pian pun nak ambil kesempatan juga. Syukurlah si Pian tu manusia baik. Selamat si Hani ni.
Lagi saya tak suka Hani ni sebab dia digambarkan seksi masa kat kampung. Pakai tuala singkat dengan tshirt sendat! Masa nilah Hazril nampak dia lepas berpuluh tahun tak nampak Hani. Bab ini mengingatkan saya adegan Yana Samsuddin dalam satu filem...ala saya lupa pula filem tu tapi part ni Yana pakai tshirt dan tuala singkat paras atas lutut juga. Masa tu Ashraff Muslim pandang dia di ruang tamu. Lagi satu part yang saya ta suka Hani masa dia berkemban sendangkan Azrul ada. Walaupun adik beradik, tapi takkan suka hati dia tayang body pada adik dia? Peliklah sebab Hani macam digambarkan seorang yang jaga batas-batas pergaulan dan aurat. Mesti tahu hal2 macam tu.
Tapi mungkin penulis memang suka gambarkan heroin dia seksi sebab dalam novel Hani Fazuha (ala saya lupa tajuk lagi...malas nak selongkar almari buku) heroin dia pun dalam rumah seksi juga. pakai baju tali halus dan seluar pendek then baca novel. Hehe...aku rasa ini treadmark novel Hani Fazuha...tak apalah, saya boleh aje terima dan tak kisah. Janji novel best hehe.
Tentang Hazril? Saya rasa bosan sikit sebab asyik diulang2 sebut dia ni kacak nak mampus! Rasanya penulis tak perlu sebut banyak kali pun sebab saya belum baca novel ni pun memang dah terbayang Hazril tu hensem tahap tak boleh ukur. Jadi memang sedia maklum tahu Hazril hensem, jumpa ayat puji dia tak habis2 memang bosanlah. Saya suka watak Hazril ni sebab dia gila-gila dan gatal2 sikit. Bagi saya biasa aje lelaki gatal2 macam ni sebab dia suka perempuan tu. Baru ngam jadi hero. Kalau hero pendiam ala-ala ustaz yang tenung perempuan pun tak nak, memang saya tak suka. Bagi saya hero macam tu tak lojik langsung, memang khayalan syok sendiri penulis tu aje. Saya suka hero yang gila2 macam hero Hani Fazuha ni. Real aje...macam biasa aje jumpa di sekeliling kita.
Selain hensem dan nakas saya suka Hazril sebab dia ni memang bertanggungjawab dan anak yang baik. Patuh aje dengan bapa dan mak dia. Lepas tu rajin solat jemaah. Nakal2 pun tapi suruhan ALLAH tak pernah lupa. Lagi teramat suka bila dia sayang sangat pada Hani. Lindung Hani dari si Syed tu. Paling terharu bila sanggup drive dari kampung bila tahu Hani deman. Tu pun dia tahu dari Azrul sebab Hani tak cakap dengan dia. Cantiknya, sampai KL si Hani boleh pula ada kat kampung! Masa ni saya pula yang angin dengan si Hani ni.
Saya rasa satu aje silap si Hazril ni bila dia ajak si Hani kahwin kat sempadan. Tapi saya rasa benda ni tak jadi kalau Hani nak terus-terang. Hazril banyak kali pujuk nak cakap dengan family dorang tapi Hani ni pula degil. Tak faham saya! Saya berdebar juga dekat nak habis cerita ni, risau macam mana penerimaan mak ayah dorang bila tahu anak dah kahwin. Tup2 ok je semua takde pula yang terkejut dan semua bersyukur. Dalam hati saya, sia2 aje dorang kahwin senyap2. Mak bapa dorang tu baik aje pun.
Lupa nak cakap novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni banyak selit2 babak yang agak tak berapa sesuailah budak2 baca. Saya pun rasa malas nak baca, sikit2 ada aje babak yang ke arah ehem2 tu. Tapi saya ok aje...boleh aje terima. Lagipun dah biasa dengan novel Hani Fazuha, memang ada selit babak2 macam ni. Saya anggap ini treadmark Hani Fazuha juga. Saya tak kisah pun, suka aje baca semua cerita Hani Fazuha.
Oklah panjang dah aku bebel tentang novel Yang Bernam Cinta-Fazuha ini. Jangan lupa beli cepat2 dengan IKP. Lupa nak cakap lagi, novel Yang Bernama Cinta-Hani Fazuha ni sampai m/s 351 aje. Belakang novel tu ada cerpen Cinta Tetap Sama. Nanti saya review cerpen tu di entry lain sebab entry ni dah panjang. K, bye.
p/s: Kenapa agaknya semua penulis novel mesti gambarkan hero dia berkening hitam dan lebat? Hampir semua penulis gambarkan hero dia kening lebat dan hitam. Apa kalau kening tak hitam dan lebat, tak handsome ke?